Friday, December 28, 2012

Hujan hujan!

Petang2 macamni tetiba hujan pulak kan. Berterabur lari panjat kerusi ambik kain kat balkoni dapur. Hahah! Memang la ada bumbung tapi memang tak mungkin la nak dibiarkan lagi nanti busuk lain kain saya. Hehe.. So ambik sidai kat bawah kipas dalam rumah.

So bila kita bosan sementara tunggu masa nak exercise pukul 6 with my housemates kita duk depan laptop... jengah2 ke FB. FB membosankan so kita Blogwalking kejap. Then kita terpikir nak post something.. Hehe...

Ini hari tu punya dinner kat rumah cousin at Kelana Jaya. Terbaik la rumah dia very the dekat dengan The Paradigm Mall yang baru tu. Situ banyak jugak barang branded. Tapi macam I yang hanya nak beli branded setahun sekali jer so pergi situ jalan2 boleh la. Lagipun I ni cepat bosan jalan2. Lainla ajak MAKAN! Haha tak pernah bosan okay. Hehe.

Jom usha menu dinner yang my cousin sediakan untuk we all..

Btw benda yang di-wrap with the aluminium foil is kambing. Baked not grill. Huhu. Apepun boleh janji boleh ngap!


Okay tengok lagi *perut dah bunyik.


Dalam oven pun aku terjah. Chicken drumstick dalam oven with baked potatoes. Huhu tak sabau benor..


Ini lagilah orang2 yang tak sabar. Abah dengan Encik Nab start eating the kambing. Huh. Adik aku makan kambing??? Sejak kapankah. Wakaka.


CHICKEN DRUMSTICK!!!


I love the blackpaper sauce & homemade coeslow!
The tuna's bread also good. Maybe its not attract me enough kot since my eyes only focus more on the kambing and chicken drumstick! Yummy!

Harap maklum yang telah 'lopong 1' dicuri oleh abangku yang tak sabar nak makan.


Okay kambing ready to serve so aku tunggu orang potong bagi kat aku jer sebab memang aku fail nak siat2 benda ni. Haha!


Okay, meet my nephew. HAZIQ & BATRISYA. One handsome guy & his cousin, Batrisya which aku panggil dia BAS. BAS OKAY BAS! Mummy mana nak anak dipanggil BAS. Tak modern langsung. Haha. Okay now I started calling her Isya. Entah macamana nama tu keluaq dari mulut aku ni. Gedik nak Isya Isya bagai (macam nama hindustan!) Wakaka. Actually semua orang panggil dia Batrisya which to me its tooooo long! Huhu. *lap peluh. tak kuasa nak panggil nama panjang2 arghh!


Haziq doing well while Isya watching cartoon on TV.... Tett tetttt... A few minutes later, dia dah tak boleh handle dah duk diam lama2 and started shouting at me like... "angkat saya! angkat saya!!"

Tengok! Nak snap pic pun tak boleh sebab dia punya menghempas2 nak rampas phone. Hoh.


So this is my naughty boy, Encik Nabil kacau2 Isya & Haziq. Semua orang tak boleh tahan dengan Haziq punya jerit. I'll upload the video later. Sangatlah kuat. Badan jer kecik! Hoh.


Tengok! Muka dia jer blur. Sibuk nak rampas phone lettewww...


Haziq started to move on from the 'lembek' to me. Nak ambik handphone. Tak tahan tengok gajet2. Hoho.


Okay Encik Nabil which they called Pakcik or Paksu started  kacau Isya & mengusik2 tapi percayalahhhhh Isya loved it. Mestilah. Ada orang main dengan dia. Biasa lonely kat rumah with abang-abang angkat yang dah besar dan tak boleh nak dibawak bermain except berenang di pool la kan. Haha. 


Again. Haziq in blur mode. Hahah.


Okay nampak sangat gambar main tempek jer. Nampak tak durian tu! Durian tuuu! Mak & Abah bawak from Aloq Staq! Saya tak suka durian tapi since duduk kat Puncak Alam ni tak reti nak beli sendiri tengok durian kat pasar malam yang berbakul2 tu confirm makan tak habis so saya manja dengan Mak & Abah ask them to bring me sikit. "SIKIT" tapiii mereka bawak banyakk sekali! Ambik kau! Wakaka. 

The puding caramel sedap sangat! Since saya tak suka sangat manis so makan sikit jelah. I cant imagine if Cik Nabs is around. The puding caramel akan habis la2 tu jugak! Haha.


Okay last sekali kita tutup entri ni dengan gambar terbeliak Haziq. Kali ni behave sikit so dah tak blur.. Rotate kepala. Wakaka.



Okay tu jelah kot. Time to workout!!

LALALAA~

Thursday, December 27, 2012

Salam Penghujung 2012


Hee.. kita mulakan entri hari ni dengan gambar saya dengan mak saya. Huhuu.. Rindu mak! Itulah padahnya bila study week gedik sangat nak stay kat Puncak Alam tak mau balik Aloq Setaq. Dasar tak sedar diri kan. Hahahaa!

Kalau kat rumah.. time2 macamni for sure la ada ikan siakap sweet sour..tomyam..ayam bakar & memalam pulak for sure la gempak2 makanan tahap nak menggemukkan diri dan orangnye yang memaksa saya makan semua makanan yang dia beli is ABAH! Abah always layan saya ni macam anak kecik yang asyik nak makan itu dan ini. Abah tu ego tapi sayang anak tak agak2. Selalu cakap "ish gemuk la gemuk laaa" tapi TETAPPPP... "nak makan apa?" "jom makan nasik Ji" "jom makan ikan keli bakar"... Oh my ABAH!

My MAK pulak tak habis2 with cakes, pizza, rendang, sambal petai, sambal udang, ALL MY FEVRET! Sila jawab kenapa saya gemuks? Muahaha... Ok la as long as I know they all taknak I keremping like my sister! Wakaka.



So sweet kan? My Abah, Mak & of course my very kurus Cik Nabs... Huhu. Cik Nabs promise me something on April. We have deal! OMG tak sabar & I've worked hard! Pray for me!

1 Hari 1 Entri... tunggula kalau musim rajin2 ni kekadang malam ada la lagi tu nak update. Wakaka.

Dah penghujung 2012. My final exam will start on 6th January. Oh... I'm so nervous tapi study apa pun belum lagi. Doa jer lebih. InsyaAllah I can do it! *jgn lupa time semayang baca doa banyak2 & jangan tinggalkan Al-Quran. Itu yang I buat selama ni. Make sure after Maghrib mesti baca 2 pages at least. And Alhamdulillah... my housemates pun dah berjinak2 membaca Al-Quran. She confessed to me yang dia terbuka hati sebab tengok I baca Al-Quran hari2. Haha.. Malu I dia cakap gitu. It's not me.. Allah has opened your heart my dear. I pun masih banyak kekurangannya. Btw, terima kasih Allah sebab.. hati I pun terbukak masa part 1 Diploma dulu kat Seri Iskandar masa tu.. I pergi bilik akak tu nak topup suddenly dia baru sudah solat Asar (still wearing telekung she open the door) and she hold Al-Quran on his right hand. Time tu hati I berdegup kencang. I teringat dah lama I tak baca. So start dari time tu.. I dah rajin sikit. Hehe.. Tu jelah nak cerita pun...

I had BLUNCH (breakfast+lunch) today. Jimat duit. Haha!

LALALA~

Wednesday, December 26, 2012

Trying to hurting me. Ahaks! Takpayah.

Hah. Marah pulak aku kali ni. Bengong.

Eh. Heran pulak aku kalau kau nak buat ape jer dalam hidup kau!

Boleh tak start from now on aku nak lempang kau setiap kali nama kau naik kat fb aku!

Aihh panas pulak hati ni dengan perangai kau eh.

Boleh tak aku nak block jer kau. Aku rasa boleh jer. Tengok la tepat pukul 9PAGI kau dah takdo dalam list aku lagi.

Ehhh.. I HATE YOU I HATE YOU I HATE YOU!!

***btw ko mmg sukses pun menyakitkan hati aku . menyiat2 isi hati aku. tapi takpelah. its ur time. someday u'll feel it when ppl hurting u .

**geleng2 kepala sambil mata tajam cari butang nak block this such evil evil devil person!

*i'll be okay after this.