Thursday, August 11, 2011

Roti Nugget...


Salam. 11 Ramadhan. Hari ni mari kita masak roti nugget. Tak payah la sgt beli kuih kat bazaar Ramadhan yg akhirnya mmbuat korg kaciwa. Tak semua la. Ada la seturn2 kedai yg ko akan rasa mcm nk bakar kedai dgn tuan2nya sekali.

Sebelum nk tgk resipi. Meh tgk qopenyer dulu. Inilah qopenyer roti nugget. Thanks to Afiza mom, Mak Cik Zaharah 4 this recipe. Kalau tak aku main letak telur celup bread crumb. Haha..


Selak resipi mudah ni.....

Bhn2:

- Roti (aku guna Gardenia-td aku bt 3 keping roti ja so divide 2 jd 6 la dpt)
- Bread crump (aku guna kaler oren)
- Tepung jawi
- Telur (dipukul)
- Bawang putih 2-3 ulas sahaje (cincang halus. tumbuk guna lesung jelah senang cita)
- Garam
- Serbuk perasa or guna jelah kiub pati ayam

Cara nak buat:

1. Campurkan bawang putih, garam, serbuk perasa dlm telur yg dh dipukul tu. Kacau sebati.
2. Masukkan tepung jawi. Pandai2 la agak. Jgn smpai pekat sgt.
3. Potongkan roti kpd 2 bhgian. Biaq jd 3 segi mcm kt dlm gmbq tu or if nk bt bentuk apa pun suketi la korang.. Celupkan dalam bancuhan tepung ngan telur td, pastu gaulkan dalam bread crumb tu okay.
4. Goreng dgn myk yg dipanaskan. Api jgn kuat sesangat. Kang hangit. Gorengnya kejap je tau.
5. Siap.. boleh la korang mkn smbil tengok TV!

**mostly aku main agak2 ja ni sebenaqnya. so korang pandai2 la ek. aku xbg detail nih tau. sorry!

SELAMAT MENCUBA!!

Saturday, August 6, 2011

Resipi Ramadhan...


Marilah menjamu mata melihat makanan... =)

Ni kemarin punya, Jumaat, bukak posa beramai2 kat rumah Tok Teh..

Ni sup yang mak buat tempoh hari. Sup daging sayur2an! Seee....dappp!



Ni sambal petai yg Ngah buatkan utk berbuka posa beramai2 kemarin. Sedap2. Ada udang cute2 lagi....


Sambal terung + daging + udang. What a nice syooookk maa! Ni sangat sedap. Aku asyik makan dagingnya. Terung pun boleh tahan tp aku xmau mkn terung sgt. Nnt angin jek...


Pulut udang. Aku tak dan pun nak qasa. Tah sapa yg sponsor yg ni pn chek xtau la..


Nasi daging ni yg mak masak tempoh hari kat rumah. (Main upload ja gambaq. Malaih nk drag dh. Huhu~) Btw, nasi daging ni mak guna perencah Adabi.. Boleh la sedapnya. Kalau mak aku masak, semua pun sedap apa.. Hehe~


Ada lagi ka makhluk yang xkenai kuih ni kuih apa? Sila pergi terjun kolam sekarang! (tp make sure anda pandai berenang. haha..) Ni namanya kuih LOMPANG.


LEPAT LIAT (yg berbalut dgn daun pisang tu) Chu yg bagi. Yg kuih SAMOSA ngan kuih kacang abah aku yg beli.


Haaa.. ni paling penting! Berbuka dengan BUAH KURMA ye adik2.... =)


Nampak gayanya aku makan sampai xleh nk tunduk dh. Perut terasa sengkak. Al-maklumla selalunya makan kat meja harini dok bersila bersimpuh kat bawah.. Memangggg laaa kan.. Huhu~


Gulai Ikan Kering ni mama Chu yg masak. Aku xmakan pun weh. Xdan... Ayam la daging la.. semua nak sumbat kat tekak ni kang jgnkan Tarawih.. Maghrib pun sodaqullahalazim jelah. Huhu....


Karipap dan Donut lagi! Ko cakap, sila cakap mana nak sumbat????? Xpelah. Rezki Allah.. jgn sampai membazir udohler.....


Ni tempohari punya Dalca daging yg mak aku msk utk dimakan bersama Nasi Daging.. Aku kutip daging ngan sayur karot fevret aku laa. Lalalaa~


Ayam Masak Merah Tomato ni sangat2 delicious! Thumbs-up to my mama! Mak ai ler... Dah ambik resipi. Nnt bleh upload kat sini.. Yuhuuuu!


Ayam Bakar Unik Rasanya.. (pandai2 jelah aku letakkan nama kan.. haha) Sedap2 jgk yg ni. Boleh ler nnt aku letak resipi sebab aku dh ambik kat mak.. Resipi asal dari Kak Syakila menantu Mak Lang Ida.. a.k.a. sepupu ipar aku.. haha. Boley?


Ni air asam boleh ja nak digunakan untuk pencicah ayam bakar mahupun utk dicicah dgn daging semasa memakan Nasi Daging! Multifunction gitu.. Huhu~


Last but not least... acar timun a.k.a jelatah (kwn2 aku kt Perak panggil jelatah). Makan dengan Nasi Daging..... Aku kutip timun jelah.. Hihi~


Sekian... Tu jelah. Besok2 aku update lagi. Tp malam la. Siang2 xleh, nnt tambah dosa aku ja.. Hahahaaa~

=)

Keep fasting till the end of month everyone! Jgn cuti tanpa MC ya!

Happy Ramadhan!


7th of Tarawih..


Date: 6 August 2011
Place: Surau Al-Husna (Surau dekat ngan umah Chu)
Time: 8.50 until 10.00 mlm
Raka'at: 8 raka'at campur 3 witir je.. (kat situ memang dorg bt takat 8 je tiap2 malam)

Imam-nya student dr Kolej Islam ternama kat Kedah ni, Insaniah. Memang thumbs-up dengan bacaannya, bertajwid. Tp marathon tu memang takley blah. Laju kottt.. Best ar cepat. Tp xtaula if org2 tua mampu nak kejo. Aku pn agak penat la jgk. Bacaannya mak aii.. sedap! Surah2 yg dibaca pun jarang2 aku dengar. Biasanya ayat2 lazim je kan. Kali ni mmg every raka'at surah2nya berbeza.

Baguslah budak2 Insaniah ni (to those yg cmni la. ada gak yg thumbs-down)

Semoga dorang yg 'thumbs-up' ni akan menjadi insan yang berguna di dunia dan berjaya di akhirat hendaknya.... =)

***Hari ni aku dh dekat2 nk jadi 'hantu raya' kot. Sebabnya bayangkan time bukak posa aku leh abiskan almost setengah ekor ayam panggang. Balik Tarawih lak aku makan lagi.. Skrg tinggal seketul jek. Dasyat kan aku? Hoohhooo~~

=P

6th Tarawih..


Date: 5 August 2011
Place: Surau Lorong Ganding 2, Kampung Ganding
Time: 8.45 until 10.45 mlm
Raka'at: 20 raka'at campur Witir 3

Hem... semalam bukak posa kat rumah Tok Teh. Ramai2. Best ooo...

Ada family aku, family Ngah, family Chaq of course, family Chu and also Tok of course..

Memang best sangat2 walaupun aku agak sakit jiwa la dgn budak2 yg bingit plus org tua2 yg cerewet n asyik nak bertelagah. Aduhai.. Sabo jelah~

Nnt aku bt 1 entri pasal food jelah yer. Malas nk letak kat sini.. Okay laa.. Nak buat entri malam ni punya tarawih pulak.

=)

Thursday, August 4, 2011

Mimpi..


Ni kita panggil mimpi sahur yer kawan2..

Mimpi apa?

Mimpi sahur?

a.k.a. Mimpi org tidur selepas waktu Subuh.

Mmg aku takcaya mimpi ni. Tapi best sbb pakwe hensem. Huahua!

Okay.. Citer mimpinya cmni. (mimpi pn nk cite? kecoh jelah)

Aku mimpi kena kawen paksa. Kawen paksa?? Mimpi ni mcm ada kena-mengena la pulak dgn Mak Cik S. Apekahhh??

Tapi gila gedik. Kawen pakai skirt ada riben besor kt punggung. Hahhaaa.. Skirt singkat lak tu. Mak aii.. Takley blah.

Dah tu. Masa hari kawen tu, ramai la kawan2 yg datang. Aku kawen mcm kena paksa tp gila excited masa hari kawen tu. (mcm xkena paksa pun. huhu..)

Dlm ramai2 kawan ni kan... aku ternampak la sorang jejaka ni. Dia ni senior la jgk kiranya dgn aku ni. Aku pernah la suka dia. Pernah jelahhh.. tapi xde-de nk simpan harapan pn. Aku namakan senior aku ni as abg O. Abg O ni boleh tahan la orgnya. Hati manyaaaakkk baik.

Tp dalam pada aku tergedik2 pegi ucap thanks sana sini kat kawan2 yg datang kan.. Bila tiba kat dia aku tgk dia tgh dok menaip something. Tp nk menaip hamender?? Laptop pn xder. Henpon lg la bkn. So aku tegur la abg O ni..

Aku: Abg O! Menaip hamenderla tu. (muka dia naakkk cover jelah)

Abg O cuba sembunyikan mukanya yg dah berjuraian air mata dia.

Aku tiba2 boleh tau dh sbbnya dia menangis xberlagu tu.

Aku duduk kt sebelah dia. Sama2 termenung pk masa depan.

Aku: Tulaa.. Abg O yg taknak bgtau, taknak luahkan isi hati. Skrg kn dh jd cmni.... dh terlambat.

Abg O diam xberkutik. Air mata dia terus mengalir. Merah betul mukanya time tu. Sian pulak aku nengok. Tak pernah aku tgk abg O menangis sedemikian rupa. (ayat nak ayat novel je kan. huhu)

Tiba2 munculnya mak mertua aku. Husben aku ni kat blkg-nye.

Mak mertua: Belum terlambat. Belum terlambat.

Husben aku mcm mengiya2kan mak mertua aku then dia boleh lepaskan aku. (aku pelik. suke2 je eh kawen pastu ceraikan) bodo.

Then terus abg O ni kegirangan dan dia ajak aku kawen.

Sekiannn...

Aku takleh imagine la if aku kawen dgn abg O ni... Euwww.. Walaupun aku minat dia tp tu dulu laaa.. Hihiiii........

=)

Abg O.. Abg O...


2nd day of Ramadhan. (Sajer tayang lauk)


TADAAAA!!! SILE LAH MENJAMU MATA YER KWN2...



Ni fevret aku ni. Yg namanya sayur mmg equals to Ayuni Nadzeri same to Kambinggg.. Mbeekk..



Cucuq jagung! Kalau Nabil Nadzeri mesti kata "Janggung!" Huh. Apekah?


Ikan keli ni.... Fevret kau jugak. Tp bila masak sendiri otomatik tekak i jd mcm xleh terima. Gi--la gedik. Tp kalauuuu beliiii.. Haaaaa kauu.. 2 ekoq saiz besaq sat ja aku baham. Mmg dasar apa ni? Apa ni? Haih.. Bazir jek. makan seketul a.k.a separuh ekoq ja pun...


Daging masak Bali. Haaa. Jauh mai dr Bali ni. Sapa xmkn rugi. Nak resipi?? Kena mai umah belajaq kt mak aku. Belum ada mood nk blajaq masak mender nih uhh..


Eh.. mcm sikit plak. Time mentekedarah rasa mcm byk. Haih...

*Nnt post gambaq lain pulak. Ramadhan ni msti bg idea kt kwn2 nk makan apa kan.. Huhu. Siang2 jgn bukak pulakkkkk!

3rd, 4th, 5th of Tarawih.... (Ramadhan)


Date: 2, 3, 4 August 2011
Place: Masjid Al-Islah Alor Mengkudu
Time: 8.30 until 10.45 gitu lerr..
Raka'at: Alhamdulillah ketiga2 malam cukup 20 rakaat tarawih plus 2 witir. =)

2 malam yg pertama di-Imamkan oleh Haji Rahim dan malam yg ketiga di-Imamkan oleh err.. sori luper namonya. Tp dua2 Imam ni aku suka =) sbb bacaan xterlalu lama dan panjang. Cukup sekadar cukup. Paham? Paham sudah xpaham pun sudah laaa...

Betul2 rasa bersyukur sbb 3 malam berturut2 ni Allah s.w.t mengurniakan aku tenaga yg luar biasa. Jarangnya aku dpt melakukan 20 raka'at namun kini aku berjaya. Yahoo!!

Adik2. Contohilah kakakmu (sila muntah)

Yelah. Dulu zaman jahiliah time aku study kat Perak dulu.. Masya-Allah.. Nak jumpak muka kau kat Pusat Islam time tarawih? Boleh kira la wei.

Tapiii.. Alhamdulillah la tahun ni semangat aku lain sikit. Syukur ke-hadrat Illahi.. tanpa izin-Nya.. aku tak terdaya melakukan semua ini... =)

Okay tu jer nk citer. Kepoh je kan buat tarawih 20 pun nak kecoh. Org buat seratus xbising gaban cm aku. Eh.. suketi aku lerr.. Sapa suruh baca entri ni. Huahua!

Aihh.. meraban jek. Ni kan kalau Encik Nebo baca, mesti dia kata aku kepoh.. Erghh! Malas tul Encik Nebo tu. Tp aku suker la pulak gaduh dgn dia. Haih.

Okay. Malam esok moga2 dapat penuh lagi yer..

Miss P.. ko dtg la lambat sikit. Aku tgh mood nak tarawih full ni. Hehe =D



Gulp. Soalan dan soalan... or aku yg perasan?


Entri ni nk bt pendek ja.

Lepas abis tarawih malam ke-4, aku bersalam dgn Mak Cik S (tak kenal saper):

Mak Cik S: Duduk kat mana?

Aku: Kat Aloq Mengkudu (dlm hati, Hah!! ni kan dh mmg aloq mengkudu-terus betulkan) Arr... kampung ganding yg lorong 2 tu.

Mak Cik S: Lorong 2..? Rumah yg mana?

Aku: Yg kt belakang kedai makan baru tu.

Mak Cik L (aku xkenai): Yg dekat rumah tettttt tu kan?

Aku angguk2. Sbb aku xsuka bila dikait dgn Puan tettttt!

Mak Cik S: Belajaq lagi ka?

Aku: Tgh tunggu nk smbung belajaq bulan 9 ni.

Mak Cik S: Umuq bopa?

Aku: (tiba2 perasan) Baru 21 ja... (Huahua! Jwpn blkg okay tp perkataan 'baru' tu cm gampang!- aku sengih sbb rasa bodoh sendiri)

Mak Cik S: Anak yg buat wiring tu ka? Nadzeri.

Aku: Ha.. betui la tu.

Mak Cik S: Mak nama apa xtau?

Aku: Err.. Chik. (bila aku jwb nama mak aku dia mcm **errr xigt igt cmtu la). Org sini pgl dia Chik. Mak Cik Nama apa?

Mak Cik S: Panggil Mak Cik S***** ja..

Aku: Mak Cik S duduk kat mana eh? (byknya soalan dia. maybe dia kenai mak aku abah aku or whatsoever!)

Mak Cik S: Kat belakang ni ja... (sambil tunjuk2 kat arah blakang masjid. meaning taman or kampung area tu jelah)

Aku: Okay la Mak Cik S.. sy balik dulu ya.

Mak Cik S ni asyikkkk la dgn senyumannya. Mmg Mak Cik S ni cantik.

Mak aku ckp dia mcm tau or xtau nak kata siapa Mak Cik S ni... So aku decide mlm seterusnya bila mak aku p tarawih, aku nk tunjuk Mak Cik S kat dia.

------------Entri ni dh jd panjang sudaaa----------------------

Malam ke-5 tarawih yakni mlm ni dan berlaku tadi.

Masjid yg sama.

Mak Cik S juger..

Time beribadah mmg aku xnmpk Mak Cik S. Btw, mlm ni mak aku p juger.

Semangat ni duk saf depan sekali uolls. Haha... Khusyuk sikit solat aku. Hehe..

Time dh habis tarawih, salam salam dan salam..... Oh.. Mak Cik S kat situ tapiii xkanla aku nk ckp kt mak aku "Mak.. ni la Mak Cik S tu!" Nmpk beno sewelnyer.

Mak aku salam Mak Cik S tanpa mengetahui tu la Mak Cik S yg interviu anak dia last night dan diikuti aku menyalami tangan Mak Cik S yg segak (memang segak dan aku tak tipu. segak mcm aku. sila muntah. haha)

Lepas salam dgn Ustazah Aisyah.. aku berlalu la dgn mak aku.... dan tiba-tiba ditegur oleh Mak Cik S...

Mak Cik S: Ni anak beranak la ni?

Aku senyum. Mak aku juger.

Aku: Haah. Mak Cik, ni la mak sayer. (Gi--la mcm nk fofularkan mak sendiri ni!)

Mereka sembang apa tah. Byk sgt bunyiknya so aku dh xigt. Yg aku igt.

Mak Cik S: Yang ni anak sulung ka?

Mak aku: Dak.. ni nombot 2.

Mak Cik S: Yg nombot 1 laki ka pmpuan?

Mak aku: Laki.. dah qeja dah..

Mak Cik S: Yg ni.. blajaq lg ka? (aiseh. mcm dh tnya semalam)

Mak aku: Dia bru nk sambung degree bln 9 ni.

Mak Cik S: Smbung kat mana?

Aku: Kat Puncak Alam.. UiTM.. UiTM Puncak Alam..

Mak Cik S: Kos apa?

Aku: Sy ambik Pengurusan Pelanggan..

Bwh ni antara dialog2 yg aku igt tp xtau kt part mana nk letak:

Mak aku: Ni.. mak...

Mak Cik S: H*** (nama her son)

Mak aku: Ohh.. org panggei dia Ustaz masa praktikal dulu.

Mak Cik S: Oh yaka? (gelak2)

Mak aku: Dia duk mana lani?

Mak Cik S: Sambung blajaq kat India...

Mak aku: India? Bt apa lani?

Mak Cik S: Duk sambung blajaq agama la dia... Kenai ka H***?

Mak aku: Aihh.. kenai aih..

Okay. Perbualan mak-mak anak dilarang masuk campuq. sila diamkan diri dan terus tersenyum dalam debar. Mak Cik S ni mcm ada udang kat balik mi la Mak Cik S..

Okay. Just rasa pelik di-interviu dgn soalan2 mcmkan org nk cari menantu. Okay. Sila jgn perasan yer Ayuni Nadzeri.

Okay. Mengantuk. Nak tidur.

Excuse me. Nak bagitau. Semalam aku takleh tidur asyik pikirkan knp Mak Cik S tanya2kan soklan cmtu.

Haih.

Jgn perasan la Ayuni Nadzeri. Takder paper tu. Takder paper tu.

Mak! Sy nk belajo lg. Nak sekolah lg! Nak kerja dulu! Nak ada boipren kat kampus dulu Makk!

Okay. Just taknak pk dah. Gudnite!

Esok sahur. P tidoq la..

Monday, August 1, 2011

Versus Hlovate. Aku pun mau macam AO nih! Haha


Alhamdulillah.. Target aku habis before Ramadhan kan? Now dah habis & dah boleh tarik nafas lega. Habisnya semalam lepas tarawih aku balik buka dan baca.

Lelaki macam Ashraff Omar tu wujud ka? Astaghfirullah....

Subhanallah.... aku dambakan cinta macam yang Ashraff Omar berikan pada Minn Edina.

Subhanallah.... aku dambakan keinsafan yang diraisai oleh Minn Edina.

Subhanallah.... sucinya kasih Ashraff Omar dan Minn Edina. Tak perlu bercinta, tak perlu berkasih-sayang apalagi berpegangan... akhirnya mereka bersatu hanya kerana Allah s.w.t yang telah menetapkan jodoh mereka bersama..



Book details:

Versus by Hlovate
Publisher; Jemari Seni...
Price; RM19.00

Try la baca. Aku rasa ni la 1st novel yang buat aku menangis banyak dan sedar akan kelalaian diri ini.

Alhamdulillah....... =)

2nd day of Tarawih..


Hai! Macamana tarawih korang? Kat mana?

Aku... ?

Sini:

Date: 1 Ogos 2011 (Mon)
Place: Surau Al-Husna, Tmn. Padi Mas (surau kat rumah Chu)
Time: 8.40 - 10.05 malam
Rakaat: 8 saje =)

Malam ni berimamkan budak dari Insaniah. Bacaannya okay jugak tapi surah-surah lazim. Agak frust sbb aku mengharapkan surah-surah yang jarang didengari. Takpelah. Lainkali je..

Ha. Kes yang semalam tu yg abah dgn Pak Su cerita tu. Sebenaqnya semalam Imam surau tu macam tak mai lagi kot. Then depa dok tolak2 sorang budak ni suruh jadi imam. Bukanla budak sgt. Tapi muda la lagi. Kesian dia. Mungkin dah demam apa sbb malam ni dah tak mai dah. Hehee... Tapi bacaan dia memang okay la. Aku suka sangat2. =)

Ish.. boleh pulak ya membeza-bezakan imam? Apa hukumnya eh? Astaghfirullahalazim.................

***Malam esok nak p Masjid pulak la kot. Nak buat sampai habis la.. =) InsyaAllah...


1st day of Ramadhan


Storynya...

Hemm.. mestilah lauk berbuka kan? Sorry la gambaq xdak.

Alhamdulillah... hari ni hidangan nasi putih, ayam perap bakar (dlm oven), sayur campur, sambal telur, sambal daging (yg sahur msk kicap diedit jd sambal) and Chaq bagi gulai itik ckt. Rezki Ramadhan pertama Alhamdulillah syukur....

1st day of Ramadhan.. biasalah.. lepas solat Subuh and baca Al-Quran dan baca buku 10 tokoh wanita muslimah tu... tidur dari 7.30 sampailah ke 11.30.. Astaghfirullahalazim.... (dah makruh yer?) uhuuh..

Then bangun mandi buat biskut Almond London, solat Zuhur, baca Al-Quran (sikit sbb wuduk terbatal ats sbb2 tertentu. haha..) Pastu layan Bella Calamidades tu sampai 3.45.. Pastu.. tidoq lagiiiiiiieee.... haih.. (salah sendiri yg p duk atas katil sambil peluk2 bantal sapa suruh)

Hemm..

Mengharapkan Ramadhan esok lebih baik dari hari ni.......

Hari ni malas tolong mak kat dapur. Petang ja tolong mak masak. Okay la tu kan.... =)