Thursday, August 4, 2011

Gulp. Soalan dan soalan... or aku yg perasan?


Entri ni nk bt pendek ja.

Lepas abis tarawih malam ke-4, aku bersalam dgn Mak Cik S (tak kenal saper):

Mak Cik S: Duduk kat mana?

Aku: Kat Aloq Mengkudu (dlm hati, Hah!! ni kan dh mmg aloq mengkudu-terus betulkan) Arr... kampung ganding yg lorong 2 tu.

Mak Cik S: Lorong 2..? Rumah yg mana?

Aku: Yg kt belakang kedai makan baru tu.

Mak Cik L (aku xkenai): Yg dekat rumah tettttt tu kan?

Aku angguk2. Sbb aku xsuka bila dikait dgn Puan tettttt!

Mak Cik S: Belajaq lagi ka?

Aku: Tgh tunggu nk smbung belajaq bulan 9 ni.

Mak Cik S: Umuq bopa?

Aku: (tiba2 perasan) Baru 21 ja... (Huahua! Jwpn blkg okay tp perkataan 'baru' tu cm gampang!- aku sengih sbb rasa bodoh sendiri)

Mak Cik S: Anak yg buat wiring tu ka? Nadzeri.

Aku: Ha.. betui la tu.

Mak Cik S: Mak nama apa xtau?

Aku: Err.. Chik. (bila aku jwb nama mak aku dia mcm **errr xigt igt cmtu la). Org sini pgl dia Chik. Mak Cik Nama apa?

Mak Cik S: Panggil Mak Cik S***** ja..

Aku: Mak Cik S duduk kat mana eh? (byknya soalan dia. maybe dia kenai mak aku abah aku or whatsoever!)

Mak Cik S: Kat belakang ni ja... (sambil tunjuk2 kat arah blakang masjid. meaning taman or kampung area tu jelah)

Aku: Okay la Mak Cik S.. sy balik dulu ya.

Mak Cik S ni asyikkkk la dgn senyumannya. Mmg Mak Cik S ni cantik.

Mak aku ckp dia mcm tau or xtau nak kata siapa Mak Cik S ni... So aku decide mlm seterusnya bila mak aku p tarawih, aku nk tunjuk Mak Cik S kat dia.

------------Entri ni dh jd panjang sudaaa----------------------

Malam ke-5 tarawih yakni mlm ni dan berlaku tadi.

Masjid yg sama.

Mak Cik S juger..

Time beribadah mmg aku xnmpk Mak Cik S. Btw, mlm ni mak aku p juger.

Semangat ni duk saf depan sekali uolls. Haha... Khusyuk sikit solat aku. Hehe..

Time dh habis tarawih, salam salam dan salam..... Oh.. Mak Cik S kat situ tapiii xkanla aku nk ckp kt mak aku "Mak.. ni la Mak Cik S tu!" Nmpk beno sewelnyer.

Mak aku salam Mak Cik S tanpa mengetahui tu la Mak Cik S yg interviu anak dia last night dan diikuti aku menyalami tangan Mak Cik S yg segak (memang segak dan aku tak tipu. segak mcm aku. sila muntah. haha)

Lepas salam dgn Ustazah Aisyah.. aku berlalu la dgn mak aku.... dan tiba-tiba ditegur oleh Mak Cik S...

Mak Cik S: Ni anak beranak la ni?

Aku senyum. Mak aku juger.

Aku: Haah. Mak Cik, ni la mak sayer. (Gi--la mcm nk fofularkan mak sendiri ni!)

Mereka sembang apa tah. Byk sgt bunyiknya so aku dh xigt. Yg aku igt.

Mak Cik S: Yang ni anak sulung ka?

Mak aku: Dak.. ni nombot 2.

Mak Cik S: Yg nombot 1 laki ka pmpuan?

Mak aku: Laki.. dah qeja dah..

Mak Cik S: Yg ni.. blajaq lg ka? (aiseh. mcm dh tnya semalam)

Mak aku: Dia bru nk sambung degree bln 9 ni.

Mak Cik S: Smbung kat mana?

Aku: Kat Puncak Alam.. UiTM.. UiTM Puncak Alam..

Mak Cik S: Kos apa?

Aku: Sy ambik Pengurusan Pelanggan..

Bwh ni antara dialog2 yg aku igt tp xtau kt part mana nk letak:

Mak aku: Ni.. mak...

Mak Cik S: H*** (nama her son)

Mak aku: Ohh.. org panggei dia Ustaz masa praktikal dulu.

Mak Cik S: Oh yaka? (gelak2)

Mak aku: Dia duk mana lani?

Mak Cik S: Sambung blajaq kat India...

Mak aku: India? Bt apa lani?

Mak Cik S: Duk sambung blajaq agama la dia... Kenai ka H***?

Mak aku: Aihh.. kenai aih..

Okay. Perbualan mak-mak anak dilarang masuk campuq. sila diamkan diri dan terus tersenyum dalam debar. Mak Cik S ni mcm ada udang kat balik mi la Mak Cik S..

Okay. Just rasa pelik di-interviu dgn soalan2 mcmkan org nk cari menantu. Okay. Sila jgn perasan yer Ayuni Nadzeri.

Okay. Mengantuk. Nak tidur.

Excuse me. Nak bagitau. Semalam aku takleh tidur asyik pikirkan knp Mak Cik S tanya2kan soklan cmtu.

Haih.

Jgn perasan la Ayuni Nadzeri. Takder paper tu. Takder paper tu.

Mak! Sy nk belajo lg. Nak sekolah lg! Nak kerja dulu! Nak ada boipren kat kampus dulu Makk!

Okay. Just taknak pk dah. Gudnite!

Esok sahur. P tidoq la..

No comments:

Post a Comment