Friday, December 28, 2012

Hujan hujan!

Petang2 macamni tetiba hujan pulak kan. Berterabur lari panjat kerusi ambik kain kat balkoni dapur. Hahah! Memang la ada bumbung tapi memang tak mungkin la nak dibiarkan lagi nanti busuk lain kain saya. Hehe.. So ambik sidai kat bawah kipas dalam rumah.

So bila kita bosan sementara tunggu masa nak exercise pukul 6 with my housemates kita duk depan laptop... jengah2 ke FB. FB membosankan so kita Blogwalking kejap. Then kita terpikir nak post something.. Hehe...

Ini hari tu punya dinner kat rumah cousin at Kelana Jaya. Terbaik la rumah dia very the dekat dengan The Paradigm Mall yang baru tu. Situ banyak jugak barang branded. Tapi macam I yang hanya nak beli branded setahun sekali jer so pergi situ jalan2 boleh la. Lagipun I ni cepat bosan jalan2. Lainla ajak MAKAN! Haha tak pernah bosan okay. Hehe.

Jom usha menu dinner yang my cousin sediakan untuk we all..

Btw benda yang di-wrap with the aluminium foil is kambing. Baked not grill. Huhu. Apepun boleh janji boleh ngap!


Okay tengok lagi *perut dah bunyik.


Dalam oven pun aku terjah. Chicken drumstick dalam oven with baked potatoes. Huhu tak sabau benor..


Ini lagilah orang2 yang tak sabar. Abah dengan Encik Nab start eating the kambing. Huh. Adik aku makan kambing??? Sejak kapankah. Wakaka.


CHICKEN DRUMSTICK!!!


I love the blackpaper sauce & homemade coeslow!
The tuna's bread also good. Maybe its not attract me enough kot since my eyes only focus more on the kambing and chicken drumstick! Yummy!

Harap maklum yang telah 'lopong 1' dicuri oleh abangku yang tak sabar nak makan.


Okay kambing ready to serve so aku tunggu orang potong bagi kat aku jer sebab memang aku fail nak siat2 benda ni. Haha!


Okay, meet my nephew. HAZIQ & BATRISYA. One handsome guy & his cousin, Batrisya which aku panggil dia BAS. BAS OKAY BAS! Mummy mana nak anak dipanggil BAS. Tak modern langsung. Haha. Okay now I started calling her Isya. Entah macamana nama tu keluaq dari mulut aku ni. Gedik nak Isya Isya bagai (macam nama hindustan!) Wakaka. Actually semua orang panggil dia Batrisya which to me its tooooo long! Huhu. *lap peluh. tak kuasa nak panggil nama panjang2 arghh!


Haziq doing well while Isya watching cartoon on TV.... Tett tetttt... A few minutes later, dia dah tak boleh handle dah duk diam lama2 and started shouting at me like... "angkat saya! angkat saya!!"

Tengok! Nak snap pic pun tak boleh sebab dia punya menghempas2 nak rampas phone. Hoh.


So this is my naughty boy, Encik Nabil kacau2 Isya & Haziq. Semua orang tak boleh tahan dengan Haziq punya jerit. I'll upload the video later. Sangatlah kuat. Badan jer kecik! Hoh.


Tengok! Muka dia jer blur. Sibuk nak rampas phone lettewww...


Haziq started to move on from the 'lembek' to me. Nak ambik handphone. Tak tahan tengok gajet2. Hoho.


Okay Encik Nabil which they called Pakcik or Paksu started  kacau Isya & mengusik2 tapi percayalahhhhh Isya loved it. Mestilah. Ada orang main dengan dia. Biasa lonely kat rumah with abang-abang angkat yang dah besar dan tak boleh nak dibawak bermain except berenang di pool la kan. Haha. 


Again. Haziq in blur mode. Hahah.


Okay nampak sangat gambar main tempek jer. Nampak tak durian tu! Durian tuuu! Mak & Abah bawak from Aloq Staq! Saya tak suka durian tapi since duduk kat Puncak Alam ni tak reti nak beli sendiri tengok durian kat pasar malam yang berbakul2 tu confirm makan tak habis so saya manja dengan Mak & Abah ask them to bring me sikit. "SIKIT" tapiii mereka bawak banyakk sekali! Ambik kau! Wakaka. 

The puding caramel sedap sangat! Since saya tak suka sangat manis so makan sikit jelah. I cant imagine if Cik Nabs is around. The puding caramel akan habis la2 tu jugak! Haha.


Okay last sekali kita tutup entri ni dengan gambar terbeliak Haziq. Kali ni behave sikit so dah tak blur.. Rotate kepala. Wakaka.



Okay tu jelah kot. Time to workout!!

LALALAA~

Thursday, December 27, 2012

Salam Penghujung 2012


Hee.. kita mulakan entri hari ni dengan gambar saya dengan mak saya. Huhuu.. Rindu mak! Itulah padahnya bila study week gedik sangat nak stay kat Puncak Alam tak mau balik Aloq Setaq. Dasar tak sedar diri kan. Hahahaa!

Kalau kat rumah.. time2 macamni for sure la ada ikan siakap sweet sour..tomyam..ayam bakar & memalam pulak for sure la gempak2 makanan tahap nak menggemukkan diri dan orangnye yang memaksa saya makan semua makanan yang dia beli is ABAH! Abah always layan saya ni macam anak kecik yang asyik nak makan itu dan ini. Abah tu ego tapi sayang anak tak agak2. Selalu cakap "ish gemuk la gemuk laaa" tapi TETAPPPP... "nak makan apa?" "jom makan nasik Ji" "jom makan ikan keli bakar"... Oh my ABAH!

My MAK pulak tak habis2 with cakes, pizza, rendang, sambal petai, sambal udang, ALL MY FEVRET! Sila jawab kenapa saya gemuks? Muahaha... Ok la as long as I know they all taknak I keremping like my sister! Wakaka.



So sweet kan? My Abah, Mak & of course my very kurus Cik Nabs... Huhu. Cik Nabs promise me something on April. We have deal! OMG tak sabar & I've worked hard! Pray for me!

1 Hari 1 Entri... tunggula kalau musim rajin2 ni kekadang malam ada la lagi tu nak update. Wakaka.

Dah penghujung 2012. My final exam will start on 6th January. Oh... I'm so nervous tapi study apa pun belum lagi. Doa jer lebih. InsyaAllah I can do it! *jgn lupa time semayang baca doa banyak2 & jangan tinggalkan Al-Quran. Itu yang I buat selama ni. Make sure after Maghrib mesti baca 2 pages at least. And Alhamdulillah... my housemates pun dah berjinak2 membaca Al-Quran. She confessed to me yang dia terbuka hati sebab tengok I baca Al-Quran hari2. Haha.. Malu I dia cakap gitu. It's not me.. Allah has opened your heart my dear. I pun masih banyak kekurangannya. Btw, terima kasih Allah sebab.. hati I pun terbukak masa part 1 Diploma dulu kat Seri Iskandar masa tu.. I pergi bilik akak tu nak topup suddenly dia baru sudah solat Asar (still wearing telekung she open the door) and she hold Al-Quran on his right hand. Time tu hati I berdegup kencang. I teringat dah lama I tak baca. So start dari time tu.. I dah rajin sikit. Hehe.. Tu jelah nak cerita pun...

I had BLUNCH (breakfast+lunch) today. Jimat duit. Haha!

LALALA~

Wednesday, December 26, 2012

Trying to hurting me. Ahaks! Takpayah.

Hah. Marah pulak aku kali ni. Bengong.

Eh. Heran pulak aku kalau kau nak buat ape jer dalam hidup kau!

Boleh tak start from now on aku nak lempang kau setiap kali nama kau naik kat fb aku!

Aihh panas pulak hati ni dengan perangai kau eh.

Boleh tak aku nak block jer kau. Aku rasa boleh jer. Tengok la tepat pukul 9PAGI kau dah takdo dalam list aku lagi.

Ehhh.. I HATE YOU I HATE YOU I HATE YOU!!

***btw ko mmg sukses pun menyakitkan hati aku . menyiat2 isi hati aku. tapi takpelah. its ur time. someday u'll feel it when ppl hurting u .

**geleng2 kepala sambil mata tajam cari butang nak block this such evil evil devil person!

*i'll be okay after this.

Tuesday, December 25, 2012

Aku pelik dan pelik dan pelik dan mengantuk sudah.


Kali ini dia datang lagi.
Datang atas tujuan apa?

Hanya 2 patah perkataan dia tulis dalam mesej.
Aku tak tahu apa maknanya itu.

Kala aku baru sudah menadah tangan berdoa kepada yang esa usai maghrib atau isyak. Ahh aku sudah lupa.

Hampir terlepas henfon di tangan kala melihat nama dia yang tertera. Butan open belum ditekan. Oh silap. I dah pakai touchscreen. Belum touch. Jantung berdegup kencang. Apa dia mahu? Perlu aku buka atau terus delete?

Dalam hati. Bukan ini kah yang aku tunggu? Hello.. belumkah kau menyedari? Aku yang buat kau curang selama ni? LUPAKAH???!!

Aku mencium sesuatu dari nada mesej yang bersahaja itu tapi aku tak mahu buat assumption awal2. Aku buka dan baca mesej yg pendek ringkas & BOSAN itu!!!

Aku ketawa sinis. Tak tahu ketawa pada dia atau pada aku sendiri.

Dalam aku berdoa, memohon pada tuhan.. Semoga diri aku dijauhkan oleh insan2 yang tak ikhlas kepadaku.. kenapa muncul lagi?

Syuhh! I kennot say that!

Ok fine. Aku redha. Aku tahu apa yang terjadi ada hikmahnya.

Aku tak takut. Hello.. aku tak takut! Meski ini kali ke berapa entah aku dilukai. Aku tak takut. Sebab aku tahu.. Allah tu sentiasa ada untuk aku. Bukan lelaki2 yang tak pernah nak menghargai aku.

Dalam aku terfikir, sedar2 jari2ku telah men-touch di screen butang tutup. So aku dah tak nampak nama dia, mesej dia. Tapi aku lupa, ingatan aku terhadap dia tak mudah nak dipadamkan.

Pelik aku. Dia tinggalkan aku macam 'perempuan tak sedar diri'. Dia kembali untuk apa? Untuk 'sedarkan aku dari mimpi' yang aku tak boleh lari dari dia? Hei atas dasar perikemanusiaan apakah ini??!

Bila aku fikir2 balik. Aku tak sanggup untuk abaikan dia. Aku tak sanggup pulak. Mungkin dia sedang hadapi masalah. Kala dulu pun dia hadir ketika dia dilanda badai. Kali ini pun dia mungkin dilanda badai. Jauh di dasar hati aku tak kisah untuk menolong, untuk berada di sisi dia dan memberi nasihat. Tapi sumpah aku paling takut kerana aku dia curang lagi. Aku bukan perempuan macam tu!!! Pleaselaahhh!! I hate this I hate this!

Aku jenis jarang melihat henfon. Henfon yang guna line tu rajin jgk aku jengah sbb family members kan. So henfon touchscreen sgt tu kan... malas aku nak jengah. Topup pun dah berapa lama aku tak beli. Muahaha. Aku kisah apa. Aku kisah apa. Aku kisah apa!

Okay tetiba keluar dari bilik air, aku jengah. 1 missed call. Pheww sapa rindu aku ni? Touch2... naik nama dia. Puii! Nak muntah. What the hell he need from me? If you need anything ask from ALLAH! Tetiba baran pulak diri ini. PANG SEDAS! Tumbuk sedas. DEBUSH! Eh tak cukup. DEBUSH lagi! Puas hati sikit. Sengih macam kerang busuk. Senyum sinis. *Mcm dia nampak. Puii.

Fine kali ni aku tekad tak nak balas. Memang la tak dak kredit tapi boleh ja aku guna line tu tapiiiii untuk kali ini dan untuk dia buat kali ini.. tak kot. Tak mungkin. Aku tak nak mengalah dan tak nak lemah lagi.

Maruah. Itu yang aku pegang kali ni. Alasan itu buat aku abaikan dia. Ayuhh selamatkan diri!

Semoga kau baik-baik saja. Maaflah. Kali ni aku tinggikan ego aku, aku ada maruah, aku ada prinsip. Kau silap kali ni kalau kau rasa aku akan tunduk lagi dengan kehendak hati aku yang tah apa2 ni.

Aku pun manusia jgk. At last aku on FB, hantar private msg kat dia tell him that aku xdpt nk balas mesej and return call sebab takdak kredit. Alasan hapak! Lantak la. And aku bagitau dia aku tak dengar masa dia call. Yang ni mmg betul sbb dlm bilik air tgh buat projek 1Million. Huhu.. Btw, aku pastikan mesej tu cukup pendek bersahaja dan paling penting TAK BERPERASAAN. Huhu..

Sudahlah. 3.59am kejadahnya aku tak tdoq lagi.

Friday, September 28, 2012

Eh eh.. aku pulak yang salah.

Kalau nak cerita semua panjang. Diringkaskan la.

Si A dah ada girlfriend tapi aku tak tau apesal dia asyik kontek aku lately. Then tak habis2 buat ayat 'mengayat' kat aku. Balik balik cerita kawin, mak dia tak suka kapel dia tu then dia cakap2 macam konon la mak dia maybe suka kat aku. Puiii! Aku pun layankan jer la. Kawan kan. Tak tergamak pulak bila dia msg aku, aku nak menghalaunyer... idok ler qope itu.

Macam biasa. Msg.. msg.. msg.. .Boleh pulak dia ajak aku pakai baju sama time nak g dinner. Puii! Sekali da kapel dia nak join dinner tu. KAHKAH! Booooooooooo... takleh nak menggatal daaa.. KAHKAH!

Aku ni rasa aku ni gatal ker baik ker aku pun taktau la kan. Boleh pulak layan2 msg ngan pakwe org. Biasalah single kan so biar la aku nak msg sapa pun. Plislah. Dia yg carik aku bukan aku carik dia kehh..

Eh, ada 1 hari tu hujung minggu tetiba dia call aku tanya Puncak Alam kat mana. Nak masuk tol mana? Aku blurr. whatde?? Tetibe jek okeh. Rupanya dia nak datang. Tetengah malam lak tu. Rupanya dia baru balik dr kampung so otw nak balik tempat kerja dia dia singgah ler kat aku. Okay. For the 1st time dalam hidup aku keluar berduaan dgn lelaki pukul 11.30 malam camtu. GILA! Adik aku lak stay umah aku malam tu. Malang. Memang takleh jadi kakak contoh. Brr~

Okay.. Aku tak boleh pulak nak menolak alangkan dia dah otw ke rumah aku kan. So aku keluar jek la. G makan mekdi je pon. Kejap jer pastu balik. Wahhh jahatnya aku! Keluar malam2 dah tu keluar ngan pakwe orang pulak. Okay cukup jahat setakat ini. KAHKAH!

Suddenly now dia macam jauhkan diri dari aku. Selalu senyap. Msg pun bolayan jek. Kini aku sunyi. Puii sunyi konon kau. Blah la.

Dulu kawan dia buat aku macam ni sekarang dia lak. Sumpah aku frust. Tapi bagus jugak. Biar aku realize diri aku ni sape & letak balik diri aku kat tempat sepatutnya. Okay fine. Baik dia blah sekarang dari aku terus2 buat dia curang. Okay aku ker yg buat dia curang? Eh?

Yelah aku la yang jahat. Boleh la kan pasni aku delete num dia. KAHKAH! Helo plis la. Aku tak seemo bodoh tuh. Slowly aku akan padam smua memori kami. Puii! Ayat macam bercinta. Pulak macam bercinta setahun. Hoh.

Dia & kawan dia tu lebih kurang sama jek. So aku realize. Jangan letak sangat percaya tu kat manusia nama lelaki. Lebih2 lagi perasaan cinta dan suka tu. Ecehh jiwang sangat aku malam ni. Sedih ker? Booooo... padan muke kau!