Sunday, July 31, 2011

1st day of Tarawih


Date: 31 July 2011 (Sun)
Place: Surau Al-Husna, Tmn. Padi Mas (surau kat rumah Chu)
Time: 8.30 - 10.05 malam
Rakaat: 8 saje =)

Amacam? Korang tarawih kat mana? Eh.. aku bukan nak riak laa.. Saja nak share.

Masa tarawih tadi. Ni samada aku nak gelak or istighfar pun konfius da..

Ada sorang budak ni.. Astaghfirullah... boleh dia berjalan-jalan I mean ronda-ronda tengah jemaah wanita ni duk khusyuk solat. Selamba dan happening lagi (nampak sgt aku dh xdpt nk khusyuk time ni). Mana taknya... sambil dia lalu depan sejadah tmpt sujud aku sambil dia perhati muka (dahla quite lama). Surah Al-Fatihah aku pun dah fly kemana pun kejap2 nak ulang. Haih. Sabar jelah..

Ingatkan satu round ja dia buat gitu. Jemaah wanita masa tu 2 saf ja. Surau kecik dan kawasan rumah banyak non-muslim pulak...

Dah masuk rakaat kedua aku ingat budak ni dah hilang... sekali kau... dia melintas gumbira depan aku. Mak ai.... memang lost terus Al-Fatihah aku. Sabar jelah wahai hati.. Budak-budak... Tu jalah yang mampu aku kata dalam hati..

Masa stop antara solat tu.. dia hilang. Maka aku pun tak dapat la nak tau ni anak sapa. Maybe Mak dia xdak sini kot.. Dia mai ngan apak dia ka kan.. Huhu.. (assumption)

Dah tengah solat.... dia mai lagi... aku xsure la org lain apa macam tapi aku dalam hati beristighfar jalah. Terbang melayang semua. Haha... Dekat2 nak rukuk, aku ternampak (ternampak okay) dengan ekor mata yang budak ni duduk hujung saf belah kanan aku. Dlm hati 'janganla dia mai dekat aku time2 nak rukuk ni. kang mana la pulak aku nak rukuk. sekali hentak kepala dia kan ka kes naya tu..' (mmg tak khusyuk dah..)

Fuhhh... mujur dia lalu cepat ckt. Yang aku pun duk risau jgk nak2 dia buat macam 'bus pick-up' kat sejadah mak aku kang sbb mak aku duk hujung sekali belah kiri, sebelah aku ja then sebelah kiri mak aku dah takdak org. Mujur dah lepas budak ni.. Haih.. bikin cuak orang ja.

Time paling tak tahan bilamana tibanya waktu sujud. Kepala aku ni rasa macam sikit2 nak terangkat. Tau sebabnya? Risau sungguh kang budak ni lalu sekali dia main pijak2 kepala aku sebab terdengar bunyi tapak kaki dia tengah berlari riang-ria xjauh dari aku. Memang risau. Rasanya time tu dia kat saf lelaki yang dipisahkan oleh tirai.

Dah habis tu and dia ada kat situ. Tok dia terus sambaq letak kat hujung and Toknya pn ubah tempat ke hujung sbb nak control cucu sambil solat. Cemana tu?

Macam2 hal...

Balik dari situ, kat rumah Pak Su kecoh cerita pasal budak ni. Aku, Mak, Chu, Chah laa yang kena kan.. Hahaha.... Rupanya DikBang, DikDik and Nabil pun kena jgk dgn budak ni.. Kan depa duk saf belakang sekali. Haih.. kesian, kena kacau!

Apa2 jalah.

Yang aku tau, bukan aku sorang ja xkhusyuk, ramaiii lagi.. Budak.. budak...

Tetap... apapun Alhamdulillah... 8 rakaat plus 3 rakaat witir enough la for the 1st night kan?

Dan.. ada Abah ngan Pak Su cerita pasal Imam tadi. Macam interesting tapi aku xpaham pucuk pangkal cerita so baik aku takyah cerita.

Tido2. Esok sahur.

=)

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan! =)


Ehem.

Ingat malam nanti baru nak update fasal Ramadhan but now dah rasa macam excited nak masuk Ramadhan.

Seriously Ramadhan kali ni macam Ramadhan pertama. Every Ramadhan since before macam kelam. Maybe sebab rasa kat hati ni diinjak-injak oleh rasa keinsafan. Meski sedikit namun tetap ada.

Lagipun malam ni insya-Allah tarawikh so I can't spend more time in front of the laptop. Yang pasti banyak agenda untuk masuk ke bulan penuh rahmat tu.

Mari kita renung sejenak, bagaimana nasib saudara-mara kita yang sedang bertarung nyawa? Ramadhan ini erti apa untuk mereka? Aku pasti, Ramadhan mereka pasti lebih bermakna.

Kita kat bumi Malaysia ni cuma perlu bertindak melawan nafsu, nafsu, nafsu tetapi nasib mereka perlu melawan musuh.

Apalah kesalahan anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Hati manusia, ada hitam ada putihnya. Di sebalik tentera zalim itu, aku tak pasti hati mereka seperti apa. Aku doakan terbayang di wajah mereka.. wanita-wanita yang mereka kasari itu akan terlihat seperti isteri-isteri mereka. Si tua yang mereka perlakukan akan terlihat seperti ibu bapa mereka. Anak-anak yang mereka bunuh itu.. seperti anak-anak mereka... Ya Allah.. tunjukkanlah jalan keinsafan kepada mereka. Sekurang-kurangnya doa ini aku titipkan agar lebih ramai manusia berhati batu berubah menjadi manusia berhati bersih.

Cukuplah takat tu. ---- sambil dengarkan Hold My Hand from Maher Zain.

Mungkin kita gembira, kerana after Ramadhan Syawal menjelang. Tapi kita lupa bahawa Ramadhan yang akan kita lalui bulan yang penuh dugaan yang menduga manusia jenis apakah kita ni. Jangan kita lupa wahai saudara-saudara.

I'm just sharing what I feel.. Manusia perlu saling mengingati kan? Sesama Islam lagi pula.

I'm just trying to change. I have no reason why I need to change in this such hurry way. Of course it is not about marriage. It is still far away from my mind. It's just something that we need to know, we need to do, we need to prove.

Allah melihat usaha, bukan natijahnya semata.

Until now.. macam ada saja dugaan tapi Alhamdulillah perlahan-lahan langkah diatur tu kian menenangkan jiwa yang sudah kian lama parah ni..

'You'll never reach perfection because there's always room for improvement. Yet all the way to perfection you'll learn to get better'-Hlovate

SALAM RAMADHAN! Good manners in Ramadhan everybody =)

Homemade Ice-Cream!


Hai. Helo. Assalamualaikum. Hyep. Whatsoever!

Pagi ni jom kita buat Ice-Cream. Ni my dear cousin, Arifa la ni yang dah nak balik asrama teringin nak buat this homemade ice-cream. Memag senang la. Boleh cuba. Tapi aku sendiri malas nak buat the simple thing macam ni. Cik Nab, my sista tu rajinla..

Take a look. (Jangan tengok ja. Buat la.. )

STRAWBERRY ICE-CREAM

Bahan2:

- 1/2 cawan Coffee Mate
- 1/4 cawan gula halus
- 150ml susu segar
- 1/2 cheese cake
- 4 biji strawberry
- 1 sudu paste strawberry

Cara2 nak buatnya:

1. Blend semua bahan
2. Masukkan dalam bekas
3. Simpan dalam peti sejuk selama 8 jam
4. Dah beku, boleh makan. DONE!

Senang kan? Senang kan? Hihi..

Or.. try buat yang ni. Pun okay jugak.

OREO ICE-CREAM

Bahan2:

- 1/2 cawan Coffee Mate
- 1/4 cawan gula halus
- 200 ml susu segar
- 1/2 cawan biskut Oreo yang dihancurkan (better dia punya jem tu buang ya)
- Coklat Cip (suka hati kawan2 ya. ni penambah kesedapan ja)

Cara2 nak membuatnya:

1. Campurkan Coffee Mate, gula halus dan susu segar then blend
2. Campur biskut Oreo yang dah dihancurkan tadi. Kalau nak blend pun boleh tapi nanti dia hancur sangat.
3. Campur coklat cip then dan gaul sebati, masuk dalam bekas, simpan dalam peti sejuk selama 8 jam.
4. Dah beku boleh makan. DONE!

Simple is it?

Just give it a try. Selamat Mencuba! =D

**Pada akak-akak yang anak ramai tu no worries, tak payah nak beli ice-cream kat kedai dah.

Yeahh.. ni la P.E.R.E.M.P.U.A.N....


Haila.
Awal-awal dah ada bunyi penat.

Siapa perempuan?

Perempuan. Gadis. Wanita.

Sex-nya FEMALE

Either kita ni perempuan rajin, malas, bertuah, untung, malang... namanya tetap Perempuan!

Ehem.

Dari pagi sampai ke malam sampai pagi esok balik.... perempuan tak rehat. Believe it?

Okay.

Dari pagi kan.... Betul tak?

Dari pagi kita.... Oopps! Sebelum tu.. ni entri bukannya nak menidakkan tugas seorang perempuan or whatsoever. Tapi cuma nak cerita ja..

Back to the story-----

Penat huh jadi perempuan?

Of course.

Dari pagi bangun-bangun then solat Subuh then pergi dapur cuci pinggan mangkuk periuk belanga semua (if ada. confirm ada kalau dalam rumah tu ada orang yang suka tetengah malam jenguk ke dapur kan). Make breakfast then cuci pinggan balik. Pergi tawaf satu rumah kejap nak menyapu. 1 hari tak menyapu, rumah rasa berkapuk ja...

Kalau Mak balik dari market tu paham-paham jelah, reti-retikanlah diri nak menyiang ayam dan ikan segala bagai. Done.

Belum apa-apa, jam dah injak ke 11 pagi tak pun 12 tengahri. Uhh.. cepatnya masa berlalu. Dalam pada-pada tu kain dalam mesin basuh angkut pergi sidai pulak.

Dah pulak dengan persediaan untuk lunch. Siap masak semua then lunch hour.. Dah lepas lunch hour, cuci pinggan mangkuk periuk belangan semua pulak. Kemas dapur. Paling-paling 2.30-3.00 petang baru nak boleh masuk bilik. Kalau rajin mandi kalau tak, wuduk dan solat Zuhur.

Online la kejap bukak Facebook, blog. Dengar lagu-lagu Alexander Rybak, Maher Zain ke... Pastu baca jelah buku-buku yang aku terasa nak membaca.

Kalau lebih dose, tertidur pulak. Hihi.. Tapi rare laa..

Belum masuk Asar, rasa bilik berbahang, keluar pergi kacau Nabil ke tengok TV kat depan ke..

Kang kejap Mak panggil, ada la tu cadangannya petang ni nak buat pizza ka, cucuq ka.. something-something jelah.

Buat minum petang kalau rajin (selalunya rajin la. hihi)

Malas nak kemas minum petang, terus tinggalkan ja dalam sinki. Pergi wuduk then solat Asar.

Petang main badminton dengan Abah. 7 setengah or lebih masuk dalam (make sure jelah before Maghrib. kadang-kadang terlewat jugak)

Masuk dalam time mandi mulalah nak sibukkan diri basuh baju la apa la. Kang malam boleh spin then sidai.

Sudah mandi, wuduk, solat Maghrib, baca Al-Quran...

Time tengah or lepas baca Al-Quran tu confirm tak Mak, Nabil... tak Nabil, Abah yang ketuk bilik. Ada jelah macam-macam nak ditanya or nak dipinta. Okayla. At least it's like dorang nak make sure 'aku masih hidup'. =)

Lepas Maghrib, time nak buat dinner pulak. Most of the time Abah suka keluar beli makanan or suruh Abang belikan. Sometime or I should call it as a MUST, makan dekat ruang tamu sambil tengok TV dan on-aircond.

Lepas makan? Kemas la pulak kan.. Cuci-cuci semua. Kalau air dalam botol dah nak habis, refill.... Time tu jugak curi-curi kutip pinggan kat luar, lap-lap, masuk kabinet. Simpan! (Besok kan nak punggah lagi). Bekas pinggan kat luar berganti pinggan basah.

Kemas dapur yang kadang-kadang berselerak tak ketahuan-hala.

Ambil kain dari dalam mesin basuh. Sebelum sidai yang baru basuh tu, kutip dulu bawak masuk dalam rumah. (Tapi lipat-lipat kain aku jarang ambik port. Huhu..)

Kain yang aku punya dari awal-awal aku asingkan. Jarang bercampur dengan family punya. Dah habis tu duduk bilik rehat-rehat kejap, baring-baring, online-online, tengok-tengok TV, layan-layan lagu. Kalau rajin baru nak lipat kain. Kalau tak tunggu la lain kali yer. Time ni macam-macam nak dibuat. Update status kat Facebook, update cerita dekat Blog.

So... late-late night baru terasa mengantuk baru gagau-gagau bantal, cuci muka, gosok gigi, wuduk, solat Isyak, tidur......

Hem.. so how? Ni macam cakap pasal 'perempuan dan kerja rumah' atau macam 'diari aku hari-hari'? Hahaa....

Entahla. Tak kisahla..

Ianya tetap sebuah cerita sehari-hari seorang perempuan.

Tetap bersyukur adanya dengan kurnian-Nya. Sekurang-kurangnya berpeluang untuk merasai menjadi seorang yang biasa dengan kerja rumah.

=)


Thanks Allah.. Hlovate.. Versus.. Buku Kecil..


For the moment

For the changes

I'm really grateful..

What had happen

Brighten up my life with her small world, Versus.

Kwn2..

Banyak cahaya yang aku dapat daripada Versus.

Tak sangka. Buku tu benar-benar 'make-up my day!'. It's not only 'my day'.. I hope it lighten up 'my entire life'. Yes. My entire life!

Apa lagi yang aku nak?

Apa lagi yang aku harapkan?

Juga... buku kecil yang sederhana isinya.. yang kadang-kadang aku buka dan kadang-kadang aku sendiri lupa untuk menyelak mencari makna isinya. Tapi mujur... aku tak pernah lupa di mana letaknya buku kecil yang harganya cuma RM 1.50 tu. Isinya kembali aku geledah. Mencari semula makna seorang Muslim, seorang Islam. Yang kadangkala aku lupa, kadangkala aku tinggalkan..

Harapnya semua ni bukan hanya untuk sementara.

Kepada Hlovate.. terima kasih menghadiahkan Versus untuk pembacamu. Aku yakin ramai yang ada same feeling macam apa yang aku rasa now. Selama ni bukan aku tak pernah baca tulisan Hlovate. Bukan juga aku tak pernah mendalami isi-isinya...

Pertama; 5 tahun 5 bulan... Relaks.
Kedua; Aa+Bb... Serabut! Susah sangat nak mencerna ayat-ayat Medik dan juga penuh pemahaman yang kurang tentang hidup seorang doktor.

Lepas tu... Goodbye Hlovate!

Khamis malam Jumaat lalu... I found something interesting in Versus. Takdir temukan aku dengan Versus. Menyelak semula lembaran hidup seorang gadis yang sesat dalam luas. Yang kelam dalam cahaya... Bukan Minn Edina, tapi aku. Aku sendiri!

2, 3 hari dengan Versus. Like my new boyfriend. Air mata menitis membaca dan mencerna ayat-ayat keinsafan yang Hlovate tulis. Sungguh... You can feel it if only you read it. Believe me. Mana-mana part pasal skate, pasal Taiyo, pasal Vagabond, pasal street yang tak faham tu just let it go. Tapi.. setiap baris ayat even sepatah perkataan pun jangan ditinggalkan... Thumbs up Hlovate!

I'm changed not because of Hlovate, not also because of Versus. Anggap saja ni perantara yang telah Dia hantar untuk memperbaiki lagi hubungan aku denganNya..

Kepada buku kecil. Terima kasih sebab masih ada dengan aku.. At least aku masih boleh merujuk. Aku masih boleh kembali..

Im lost!

But now... You took me to Your Way again Allah... Thanks...

Allah s.w.t. memberi kita peluang. Masih hidup. Masih mempunyai makanan. Masih dikurniakan air untuk berwuduk. Masih mampu untuk memiliki sehelai sejadah. Masih berbasah lidah untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Tapi kadang-kadang, kita terlupa.. kita terleka. Ya Allah... berilah sekali lagi peluang untuk aku.

Janji! Tak akan aku sia-siakan lagi.

Buku kecil tu yang baru sebentar aku selak helaian demi helaian dari muka surat 1 hingga ke muka surat 66 membariskan ayat-ayat sucimu. Kecil dan mudah dibawa ke mana-mana tapi masih segan dengan pandangan orang. Sungguh aku lupa menjadi manusia yang bersyukur...

(Sorry la 2,3 hari ni macam banyak sangat benda berlaku macam mendesak-desak aku. Sungguh aku bersyukur jugak dengan rasa 'terdesak' ni. Bukan satu kerugian pun..)

=)

Thursday, July 28, 2011

Gelabah berduit berbuku2..


Haaa kauuuuu!! Ambikk!!

Sekali beli 3 buah buku terus! Huahuaaaaa...!! Gila kentang!

Tiba2 lak aku yg bkn 'kaki buku' jd 'kakikubuku' kan? Haha..

Td aku cadang nk beli novel Alaf21 kt Popular Pacific, tu yg ajak czin aku Ctah p beli tuu... Tp Astana Cinta dgn apentah tajuknya xdak laaa... So aku pn cari2 la nk beli jgk. Dah mai memalam ni xkn balik tangan kosong kan... Kome ni pun..



1st aku sambaq ni haaa Versus by Hlovate. Novel ni dh lama dah tp baru la ni aku terasa nak beli n nak baca.. Keluaran Jemari Seni. Eh, best tau novel2 Hlovate yg identitinya dirahsiakan ni.. Percayalaa.. Xcaya try baca dulu! Harganya RM19.00 minus discount RM1.90 (10% jek). Ctah ceduk kad popular Ipah.. Hehe...


Pusing.. pusing... pusing.. NAHH!! Terjumpak plak novel ribena ni.. Huahua! Ehh.. aku suka tau baca Diary of a Wimpy Kid ni.. Kid?? Yelahh.. aku Bahasa Inggeris ni ayat simple yg budak2 ni boleh ler nk baca. Kalau complicated kang tersadaiiii jek bukunya. So baik aku baca buku2 katun ni. Lantak p org nak kata apa. Feduuuliiikkkkkk...

Hari tu msa beli kt MPH JJ yg kaler merah pnya, aku xjmpk pn kaler ungu ni.. Igtkn ada 4 ja.. Hehe.. So aku ambik la yg episod THE UGLY TRUTH ni.... Harga RM29.95 tolak diskaun 20% (RM5.99) Byk jgk diskaunnya. Kalau xambik mmg rugi........ Tp diskaun ni bkn atas kad. Mmg ada diskaun utk buku ni..


Buku2 Jeff Kinney ni mmg best n menarik!


Memandangkan petang td Mak aku ckp msa aku mntk izin nk p beli buku... "Emm.. ni nak bulan posa ni nak baca buku cinta2 hampa tu ja. Cubala baca buku2 agama ckt.." NAHH AMEK KO AWAT TAK AMEK??! Huahuaa..

So aku pn p la jenguk buku2 agama. Then.. buku ni yg menarik hati aku.. Tajuknya 10 TOKOH IDOLA MUSLIMAH... Ermm.. Agak menarik kan? By Sakinah Salleh... Harganya RM13.00 (buku agama murah2 jek tp nakkk jgk ko carik buku yg tebal dan mahal2 kan. xphm tol!) Then tolak diskaun 10% a.k.a RM1.30 ... Alhamdulillah....



Total up semua yg aku beli tadi RM52.76 !

Nahh..

Huhu...

Takpa2.. Beli buku nak pulak ko berkira2 yer.. Beli baju boleh pulak ko diam! Hehh..

Aku over-excited ni.. xtau nk baca mana 1!

Hehehh..... Fomfuan.. Fomfuan...

Lenkali..

"Alah membeli, menang memakai"

Tetiba...

Okay2. Aku nk p baca buku ni..

Dah taktau mana 1 nk baca dulu ni.. Hehehh..

Btw yg 10 Tokoh Idola Muslimah ni simpan nak baca bulan posa ni lar (alasan semata2~!) Huahuaaa~

So now mari kita bukak Versus dulu!

JOM VERSUS HLOVATE!!!

Gambate!!

PIN Gantung~


Semalam aku dh ckp nk letak pic PIN Gantung tu kan? Ala.. yg aku beli dr Mama Chu tu la... Haa.. tengok la ni.. Ni la yg aku bising2kn tu.. Cantik kan?


Letak gambaq bendalah ni jerrr... Gmbq diri sendiri yg sedang memakai terasa xberapa cantik. (xberapa yer, bkn xcantik. hehehee..... =D)


Igt nk beli lg...

Bab mengabehkan duit kalo bg kt org pmpuan mmg menang la kan?

Huahuaahua!!

=P


Wednesday, July 27, 2011

Halu2.. Baju Baru Saya! =D


Ye kengkawan. Sesungguhnya sy hepi tahap gaban.. (APEKAHH??)

Sebelum apa2 meh nk tayang dulu..... (tgk2)


Inila baju baru Mama Chu sy bagi. Lawa x lawa x?? Sedap dipakai bersama inner.. Kuang3!


Okay la jugak baju ni. Kain nipis tu. Org ckp kain tu Korea Silk. Entah ler.. Men redah jelah..



Pakai with selendang yg dh lama beli tp xpakai2 lgik. So kali ni meh kita boh dia sekali dgn baju baru! Ehemm... nk tergelak pn ada sbb semuanya serba baru termasuklah PIN yg beli kat Mama Chu ptg td (Nabil bwk balik dr mengaji-Mama Chu yg passkan)...

Sori la xambik gambaq PIN tu... xnmpk plak duk kt bawah dagu chek. Hehe.. Ala.. kerongsang yg gantung2 serabai penuh2 tu..

Heh.. maleh la explain. Lenkali aku snap & upload sini bg tengok..

Psst... "BENDA FREE MMG BEST!" kann......................??

KEPCI..... =)


Yiehaaa! Bestnya dapek jugok den makan KEPCI a.k.a. KFC!

Setlah sekian lama (2,3 kali dok mengidam) akhirnya hari ni dpt makan.

Sebenaqnya hari ni aku posa ganti. Ganti?? Err.. over ganti sbbnya dh ckup kemaqin dh habih tp saja ja ganti p laaa lebih ckt. Hehe...

Smlm kata nk makan lepaih bukak posa nk p beli tp abang aku ajak p beli hat Drive Thru tu... tp aku malaih nk keluaq. Al-maklumlaaa.. pukui 9 kn ada Ana Lu'lu.. Mana boleh telepaih.... Nabil sampai hangin2 sbb aku dh janji nk beli Happy Meal Transformers tp xjd p... Kesian dia. Majuk2 habih gak Burger Pak Lan... Muahahaa....

So hari ni abah ajak p Kepci. Aku la paling syiokkk!!

Tp makan seketui paihtu dh kenyang. Rasa nk muntah plak tgk lagik. Iskk.. aku pn xphm dgn diri aku. Nak makan bkn main. Sekali dh hadap... seketui ja! Choii.

Xpalah. Lepaih ni xyah dh dok sebut KEPCI2 na Ayuuuu..... Hohoo~ =P


Friday, July 22, 2011

I'm in LOVE? --- ALEXANDER RYBAK




Alexander Rybak?

Siapakah?



For more info please visit Alexander Rybak now!

Malaysia masih tak kenal siapa tu Alexander Rybak sedangkan dunia sudah hura-hara dengan bakatnya.

Suara?

Dengar dulu lagu Fairytale yang dia nyanyi.

Dah dengar?

Suara dia memang xbest tapi sangat unik sebenarnya. Nak kata sedap macam seturn2 artis kat Malaysia mmg xla... tp mmg ada kelainan drpd org lain.

1st aku mula suka dia lepas En. Manzo Yukio (kwn kt FB) post Eurovision yg dia menang tu. 2009 lagi baru sekarang aku nak sedar wujudnya bakat muda mcm ni.

Tp aku memang tabik dan sukaaa sgt dgn Alexander Rybak yg superb cute ni! Hehe..

Btw, nak bagitau uolls yg Alexander Rybak ni belajar main Violin sejak umur 5 tahun lagi. Pembetulan, violin and piano. Dia sgt superb, bertuah dan handsome..!

Peminat dia kat Malaysia ada lagi dak? Saper2??

Hope 1 hari nanti dia boleh perform kat Malaysia and make sure time tu aku mmg ada duit la kan nk p konsert dia. Yuhuu!! =P

Lepas dgr lagu Fairytale tu aku cuba dengar lagu Europe's Skies . Memang best sangatlah!

And another song yg menjadi kegilaan aku tajuknya OAH . Lagu ni sgt best sbb lagu yang hepi n ceria plus lawak. So sweet!

He's good not only as a musician and singer but also as a person... =)

Apa yg org minat, org gilakan, aku takk.. Tp apa yg org xpernah dgr, xpernah kenal, (bkn takda tp rare) dann.... aku lah orgnya akan menjadi peminatnya. Bkn nk ckp aku 1 dlm sejuta. Tp aku rasa aku sendiri pelik dgn diri aku. Hishhh.. apa jadahnya nk pelik!! Sukahati aku lar!

Kalau laaa aku boleh beli album Alexander Rybak ni kannnnn... Hemm.. Nan ado juai kat Malaysia lagi la...

Nantilah aku p beli kat Norway. Haha!

Sukanya Alexander Rybak yg sweet, cute, handsome, ceria, ikhlas, jujur, naughty, workaholic, always smile, baik, etc laaa... =)


Thursday, July 21, 2011

I am a Writer...

Salam..

For those yg sudi.. ikutilah blog cerpen sayer di :


AYUNI BITTER??

Sama jelah dgn AYUNI NADZERI..

Lahai~

TIARANITA DAY at JOHOR

Salam... 1st of all, dont get me wrong. Hehe..

Ramai jgk yg salah phm bila tgk pic aku berpinky mcmni..

Actually ni msa aku join Tiaranita Day (kelab wanita TM) kat JB with TM (Telekom Malaysia) group.

I presenting the Musical Drama.. Org TM tak cukup nk kaver.. (yelah. ce kome pk.. xkanla makcik2 nak join tarian2 lagu ni. Aku kesian plak kt deme. So aku ngan Eyza make decision utk join n give them some help. Yelah. Org muda ni smgt dia lain ckt. ehem2!. Hehe..)

Even time ni aku ngan Eyza dh tamat praktikal, kami rela utk join dorg.. Lagipun aku kalau bab2 menggedik ni............... ANYTIME! haha.. tp bersebab la gediknya oke. Hehe..

Gmbq ni diambik kat luaq dewan (refer to gambaq kt atas)

Oke. Paling best! Live aku dpt tgk Konsert JayJay free2 wa ckp lu! Mmg suara dia........ SEDAP!


Gedik kan? Haha..


Apesal gmbq aku semua talawa? (Hakikat eh?) Huahua!


Masa ni my belly xflat lg... skrg dh flat kan? Kan? Kan? (Sila muntah) Haha...

Oke nk bgtau ni.... kitaorg xmenang pn pertandingan ni. Xpuas hati jgk sbb pengadil pilih kasih. Pemenang dipilih xikut kriteria. Malas nk ckp byk, kang ada plak yg saman aku. Btw, nk ckp jugak...... AKU BENCI SBB DORG PILIH PEMENANG SESUKER HATI MAK BAPAK DORG!! *puas hati kejap. Oke.. Terima hakikat jelah..~


Esok lusa kalau dh tua2 aku tgk2 balik gambaq ni mesti mengucap panjang kan? Huahua!


Tu jelah entri membosankn aku kali ni. Xdak mood lak nk hapdet. Dah berhabuk. Lama xberhapdet... Choii!

Saturday, July 16, 2011

Kenduri Kawen yg FUYOO BEST!

Salam.

1st of all, aku mmg MENYESAL!

Mesti pening, apapasai menyesal ma??

Ha... ni semua sbb aku xikut firasat aku yg mengatakan suruh aku bwk Aliff Mikhail (DSLR) aku p kenduri tadi.. ISKKK..! Sungguh sesal!

Kenpa perlu menyesal??

Hem.. btw, berbalik pada tajuk aku tadi.. kenduri tu superb best!

Kenduri tu Datin Zaleha (abah aku punya adopted sister). Gila best! *Berapa kali aku nak ckp best ni? Haa.. maksudnya mmg bestla kan...

Nak cerita ni rasa mcm menyampah kt diri sendiri sbbnya takdak gambaq. Gila waste takat ada DSLR tp malaih nak angkut. Ko ader? Takder.. Kang kalo ada pn jadik cm aku malaih nk ngankut.. Percayaalaa..

Oke. Berbalik pada cerita kenduri yg gila best tu di antara Muhammad Najmi (mcm nama abg aku la pulak) with Dhiya Izwin. (Sori aku mention nama penuh. Jgn saman sayeee!)

Mak Datin & Pak Dato' yang kaya ni orgnya rendah-diri jek tau. Mmg best & best sapa jd keluarga depa. Hehehe.. =D (oke. anak laki dia dh kawen so diam la ayu!)

Aku cerita dr awal laa...

1st masa dpt kad tu aku mcm... "err.. Mak Datin pnya kad kenduri mcm ni ja ka?" simple n very simple but color tau. mcm2 kaler plak tu kt plan dia. sekeping je kot..

Masa otw pegi kt resort a.k.a rumah rehat dorg (kot) tu.. aku rasa mcm "errr.. jauh n ulu ja gayanya" *gila belagak bandar bagaii. hahaha* but that time aku dh rasa smthing diffrent abt dis kenduri.

Susah jgk nk cari. Kendurinya dkt Wang Tepus..

Finally............ smpaila jgk kt tempat tu. *sumpah rugi xbwk kamera!!!

Parking jauh ckt dr pintu gerbangnya then jalan masuk ikut pintu gerbang yg ada tulis apentah tp ada word ZATI kat situ.. (Hem.. yg tu ja aku igt sbb time tu perut menggelupur lapaq)

Masuk jaaaa.... FUYOOO!!!

Kat blah kanan ada mcm pondok (besaq la jgk. bt beda2 tetamu nk solat kot n rehat kot)

Lepas ja pondok tu, terus ada kolam. Aku time tu mmg xfedulik apa yg ada sgt sbb perut tgah gelupur katakan. Hahaha...

On my right time tu aku tgk ada mcm org tgah prepare2 makanan pnya tmpt. Masak memasak merewang la kot kat situ. *Orang2 kampung pnya style. Best kot!

Direct from us ada sebijik umah kayu. And that time aku perasan ada rumah kuarters kaler biru b4 tmpt yg org memasak tu. Tapi otak masih pd perut yg gelupur so lantakla kuaters sapa yg letak kat dlm kawasan tanah Mak Datin ngan Pak Dato' ni..

Jalan lagi.. Agak jauh yer perjalanan menuju nasik minyak abadi. Hahahaa~ =P

Sampai ja kat 1st khemah ni aku mcm xphm. "apa banyak sgt station dia ni?"

Nampak Mak Datin yg berbaju hijau but Pak Dato' which is just stand xsampai bopa langkah kt depan aku , aku mcm 'err.. xperasan sgt la' Haha... Ni kali pertama jmpk Pak Dato'. Mak Datin selalu daaaahh..

Then pas salam2, Mak Datin suruh p makan kat khemah yg nun di sebelah sana coz kat tmpt dia diri tu adelah station utk mkn buah2an n pulut dereyan.. (durian actually!)

Ada mcm satu tmpt besar berbumbung but xdak dinding. So tmpt tu dorg jdkan as tmpt utk rombongan pengatin pmpuan makan. Dah sedia hidang siap2 dh. Siap ada buah2an bagai... Buah2 tempatan lak tu. Cayaaalaahhh!!

Then aku agk pening ya bila tgk khemah cuma ada 1 utk station nasik minyak tu. "err.. macamana nak makan ni? ada tmpt duduk ka?" << eh.. kepoh gila kan aku? mmg laa.. kang takdak tmpt duduk cmno den nk isi perut yg gelupur dh ni..

Oooo0oooOooo.. rupanya tmpt utk laki makan kt bawah 1 rumah kayu yg dinamakan as 'Pondok Mak Teh'... rumah kayu tu tinggi, bawahnya xdak apa2. ala.. mcm rumah orang dulu2 tu... Yg selalunya depa letak pelenggaq bawah rumah. Xtau p google 'pelenggaq' tu apa. Tu pn kalu ada.. Hahhahaa... Tp utk kenduri mano lak ekau nk letak pelenggaq so depa letak kerusi n meja n lauk buffet.

So Nabil ikut abah p mkn bawah 'Pondok Mak Teh' tu.. Aku tgk kt bawah khemah.. penuuuh jek. So aku kalau penuh, xkan ambik nasik. Kang xlarat nk berdiri pgang pinggan lak. So mak dah p ambk nasik. Aku nmpk ada org bangun, terus p ambik tmpt tu n suruh Cik Nab p ambk nasik dlu. Once they r done, my turn plak. Makkk aii.. Makcik2 dpn aku ceduk laukkk.. Lamaaaanyaaa... *Sabo jela~*

Lauk kenduri? Haa.. hat ni best den nk cito. Lauknya biasa2 ja pun. Nasik minyak, lauk ayam goreng, daging sup, daging kicap n rendang daging kambing with the air asam n ulam2an. Phewww!! Best dah tu! Bg aku laa.. Xpyh nk susoh2. ko bt simple2 jek. Tetamu pn xpening nk pilih. Ni tak.. kekadang tu (ni bkn nk tuju pd sesapa. its juz from aku pnya pandangan jelah).. Lauk tu.. kejap ada ayam, pastu ikan, gulai ikan kering, sambal ayam. Alangkann semua nk tauk dlm mulut. Ko ada rasa nk muntah dak? Erkk... (Tak dituju pd sapa2 pn) Cumanya aku bt kesimpulan kat sini.. Mak Datin ni malas dh nk pkiaq org tu xmkn kambing, org ni kena makan ikan ni, org ni mcm tu mcm ni.. Mb bg dia.. Ko xleh makan, ko xyah makan! Hahaha... Senang. Makan nasik ngan kuah. Nama pn kenduri, nak penuhkan selera org alamat ko bt 5 puluh hari 5 puluh malam laaa... Hahahaaa...

Kat meja aku tu ada sorg Mak Cik (2 org sbnrnya) tp yg Mak Cik sorg ni byk cerita bout Pak Dato' pnya family. Dia ckp Pondok Mak Teh ni atas nama arwah Mak kpd Pak Dato' ni.. And kt depan ada Pondok apa tah aku dh lupa.. atas nama panggilan to Bapak kpd Pak Dato' ni..

Aku dh teringin doe nk makan bubur yg kaler putih2 tu. Look like bubuq cha2. Tp xtau laa... Memandangkan org makin ramai n tmpt terhad so aku decide not to makan the bubuq. Kesian pulak kt org len kan. Huhu~

Bangun dan tinjau2 sana sini situ sunun.. Bestnyaa luas betui tempat tu... Untung sbb tmptnya mcm laguna.. Ada sungai. Abah ckp, haritu masa banjir, kereta kesayangan Mak Datin yg dia tinggalkan kt dusun tu dihanyut air. So now dia dh letak pagaq... *pengajaran penting tu..

Then masa tgh sibuk2 nk gerak kt station lain plak. *Mana boleh balik lg maa.. ada 2 station lg xsinggah maa.. Hehe... Maka dgn itu aku tgk mcm ada pengantin sampai. Err.. Pengatin kah? Mana kompangnya?? Gila BEST! SIMPLE WEDDING namanya ni!

Aku jenguk2 tgk pengatin dh sampai. (Actually aku mmg teringin nk tgk anak Mak Datin. Hehehe.. gatai no. Laki org maa..)

Simple ja Najmi tu pakai baju melayu kaler emas with sampin n songkok biasa (no tengkolok or keris or sampin berbunga2) SIMPLE kan? Mcm xpercaya tu pengantinnya.. Yg wife dia pulak simple ja. takdak pun crown bagai.. just with pashmina ja bubuh kat kepala ala2 nk fly ckt. Haha. Comei kot bini dia! Yg laki tu ada la qope mcm mmber2 aku. Ala.. still mcm bdk2 remaja lani yg dok xreti nk pkiaq masa dpan lagik. Aku mcm xcaya dia yg qope masih mentah muda remaja tu kawen. Haha.. Hidup memasing kan.. Pepandai ko lah..

B4 ktaorg lepas khemah n tmpt pengantin mkn tu, ada 2,3 org bdk (remaja) terkejar2 nk bg buah tgn. GILA BEST buah tangan yg dia bg tu Mak Datin buat sendiriiii kottt.. Biskut raya dia letak lam bekas (agk besar. Mb ada la dlm 10 bijik lebih.. Dah la sedap, comel plak tu biskutnya! So kita namakan dia.. BISKUT KAWEN! hehe..

Then dah sampai kat station buah2an tu jmpk with Chinese yg ktaorg jmpk masa mula2 sampai. Chinese tu pmpuan with anak pmpuan dia kecik lagik.. Dia pn puji masa ktaorg mula sampai. Dia suka dgn tmpt tu n suka dgn kenduri tu. Chinese ni kaya kot... Naik Mers yg latest2 ni...

Dia pn pulun mkn cempedak goreng. Aku mkn 2 ulas kot. Rambutan 1. Dokong 2. Durian tak comei la pulak. (aku kan tekak memilih durian hat comei2 ja. serebeh xdapek nk masuk tokak den ni ha). And ais kacang tu sempatla aku rasa 1 sudu. Manis nak mammmm... Sungguh xleh telan dek tokak den. Lenkali kena sedia air mineral la.. (eheh. p kenduri org pandai pulak hang kompelin no..)

Tak habis dgn tu. Mak aku ni pulun makan. Dia excited suka gila ngan tmpt n food kat situ.

Aku pn perut dh kenyang, so melangut la tgk sana2 sini (Ehem. hat hensem2 meh ckt nk tgk!) Hahaha.. Bkn tgk org la.. Tgk pokok n persekitarannya. GILA BEST! Pokok dokong dia tu.... FUYOOO!! Lebat dgn buah. Rugi tak ambik gambaq. CEhh.. bodo lupa XPERIA abah kan ada! Haishoo!!

Mmg best n terbaik la kan dia pnya wedding. SImple & Sederhana!

Mmg mengikut syariat ISLAM. Xpyh nk bereben2 bagaiii...

Duit byk tp kenduri sederhana. Org makan pn puas hati. P kenduri pn hati rasa syook ma..

Arr... aku dh mengidam2 nk bt kenduri kat DUSUN TOK SEDAU. Gataiii!!

Btw, masa nk balik tu aku perasan la kat kolam yg aku ckp masa mula2 masuk tu sbnqnya ada itik. Comei gilaa itik2 tu. Mcm nk tangkap rabat ataih belakang jln2 dlm sungai ja qasa. Muahahah~

And masa tu la aku tgk balik rumah pondok tadi. Totally ada 4 buah pondok kat situ. 2 ats nama panggilan utk parents Pak Dato' and 2 utk nama panggilan utk parents Mak Datin.

Kesimpulannya.. kenduri yg sgt best itu (meaning, bersederhana n simple) haruslah ditiru oleh aku. And.. Cik Nab siap janji if aku kawen n that time dia dh qeja n belayaq n ada duit gaji sendiri, she will sponsor me! Kitaaa tengooookk nanti!! Hehe.. =D

Aku berangan alangkan aku dh ada calon nak kawen kan? Hahaha.. =P

So parents aku dh ada plan dh utk naik taraf dusun TOK SEDAU. Tapi aku rasa teruklaa situ sbb byk sgt pencurinya. Hg coba bayangkan. Syiling pn depa angkut habeh. Bkn syiling ja.. hat kalau namanya boleh bt duit tuuu.. semua depa sapu! Aku ada rasa mcm nak sapuuu ja depa tu if aku boleh tangkap si pencurik bodo tu. Hampeh tol~! Hidup menyusahkan org ja..

Hope my parents dream will come true. *my dream also* MUAHAHA!







Thursday, July 14, 2011

Makaroni Bakar.





Salam...

Lamanya xupdate blog kan? Berhabuk.. Fuh! Fuh!

Oke.. takmau cerita panjang2.. Marilah kita memasak utk petang nnt.

Hehe.. actually Makaroni ni aku bt kemaqin. Hari ni dh tinggai sikit ja pun..

Saja nk share2.. sapa2 interested nk bt.. bt jelah.. Senang nk mam.. Haha...

Bahan A:

- Makaroni 4-5 cwn (Aku guna yg spiral tu. Korang rebus plus myk zaitun ckt then toskn)
- Susu segar Dutch Lady Full Cream 4 sudu besar
- Telur 2 biji (dipukul)
- Daging cincang sesuka hati korang laa.. (Aku guna nugget ramlee daging tu hancur2kan)
- Bebola ayam Ayamas 5 biji (cencang xyah halus sgt)
- Keju cheddar (Nak tabur atas je. Agak2 korang laa nk byk mana)
- Lobak merah separuh bkn sebatang tau. (potong dadu kecik2 je tau)
- Ubi kentang sebijik yg kecik ja tau (potong dadu kecik2 jgk)
- Tomato sebijik yg kecik jgk (potong dadu jgk)
- Bwg besar sebijik (potong dadu jgk)
- Garam
- Serbuk perasa Hilal
- Minyak zaitun
- Marjerin jenama DORINA (nk guna jenama apa pn suketi laa korang..... ) =.=

Bahan B (korang blend halus) :

- Cili kering 8 tangkai (Nak pedas, byk ckt)
- Bwg merah sebijik
- Bwg putih sebijik

Cara nk membuatnya:

1. Panaskan myk zaitun dlm kuali (aku guna pan yg xmelekat tu). Then masukkan marjerin.

2. Tumiskan bawang besar yg dicencang tu. Then masukkan bahan yg diblend tadi. Biar sampai masak. Tak payah tunggu pecah minya or kering.

3. Masukkan lobak merah, kentang, daging cincang. Masak sampai masak benda2 tu then barulah masukkan bebola Ayamas dan tomato. Time ni jgk, masukkan garam dan serbuk perasa Hilal tu.

4. Dah agak masak tu, masukkan makaroni yg dh siap korang tos. Tos biar kering tau. Jgn basah2 pulakkk...

5. Kita bako! Kita bako! Oke.. cara1nya adalah; korang masukkan makaroni yg dah digoreng td kat dalam loyang (dlm loyang tu calitpalit sikit dgn marjerin DORINA). Korang masukkan telur yg dh korang pukul tu dan jgk susu segar Dutch Lady Full Cream. Kacau, kacau dan kacauuuuu.....

6. Dah agak sebati, masukkan dlm oven yg dh korang panaskan selama 5 minit tu. Suhu 180 darjah C dan api atas bawah tau.. Bakarkan makaroni tu selama 20-30 minit. (pandai2 jelah. aku pn hentam ja ni. hahaha)

7. Dah agak nk masak tu, keluarkan kejap. Taburkan keju Cheddar kat atas.. (Feww! Sedap kot!)

8. Siap utk dilantak! Hehee... =D

Apa2 pun, resipi ni kalau korang tak suka nak membakar, makan je yg goreng tu.. Dah sedap bangat tuh! Hehe...

SELAMAT MENCUBA!!