Showing posts with label Food Lovers. Show all posts
Showing posts with label Food Lovers. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

URAP DAN SAMBAL PARU!

SALAM pembaca Ayuni Nadzeri sekalian (mcm ada org baca)

Hehuu.. lantak. pedulikk..

Hehe.. Hari ni gigih uolls lunch ai dgn housemate masak memasak! Giler gigih! Tgklaaa gigih2 tapi DIET tetapppp! Tp xtahan jgk ni tau.. Mana blh tahan. Masak URAP dgn SAMBAL PARU. Febret ai tuuu!

Mula2 kena tgk pinggan ai dulu k... Sgtlah nampak tak menyelerakan!

Woops! Ada ka yg sudi nak tanya buat macamana?? Kahkahh! Haruslah RESIPI MENCAMPAKCAMPAK! Grrr..! Merepek la Ayu!

Okeh.. Tgk dulu! Nnt kite citer cemaner buatnyerrrr... Walaupun kita pn baru 1st time buat... Macam kurang something. Yelah. 1 benda tak cukup mmg tak cukup rasa la kan! Heh.. Takpo2. Dah mender tu takde sini gimana dong....


Nama diberi URAP.. resipi daripada mak sedara saya. MAK LANG IDA!

Thanks Mak Lang! Gojes lah!

Bahan2:

- Kacang kelisa/kacang botol (direbus & potong)
- Taugeh (goreng tanpa minyak dan air..nk bg kering jek)
- Kelapa muda (putih..tanak kaler2 coklat. nnt taklawa)
- Kunyit hidup (sikit jek)
- Cili padi/cabai melaka (10 bj. ikut nak pedas mcmana)
- Udang kering (goreng tnpa minyak. agk2 sesudu besar)
- Garam & gula secukup raseerr...

Cara nak buatnyerr:

1. Tumbuk halus cili padi, udang kering, kunyit hidup.

2. Masukkan kelapa muda tu kat dalam lesung jgk. Tumbuk sekali. Biar sebati. Tak muat pandai2 la pikir cemana. Tumbuk asing2 pon voleyhh..

3. Adun jer semua bahan yang ditumbuk tadi dgn kacang kelisa & taugeh.. Hah! Jgn lupa letak garam dan gula sikit. Bg rasa dia best! Kalau nak masak sikit boleh perah asam limau! KEBABOM!


Hah! Amender lak nih?? Hehe..

SAMBAL PARU lorh..

Cenggini nak buatnyer. Tapi kali ni tak best cam dulu. Entah ngapaie...

Cara2nya:

1. Paru tu rebus then potong then goreng dgn garam dan kunyit. Ketepikan!

2. Blend 20 biji cili kering dgn 1 labu bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil belacan, sebatang serai.

3. Tumis dalam minyak yg goreng paru tadi. Biar sampai pecah minyak. Masukkan garam & gula secukup rasa. Arr.. jgn lupa asam keping & kalau masing kurang rasanya masukkan perahan asam jawa or guna paste ADABI pon voleeyhh... Sukehati la.

4. Dah masak dan rasa dah okay, masukkan paru, gaul sebati dan boleh MAKAN!



SEKIAN.. itu saja dari saya hari ni... Jam menunjukkan kul 4.32. Mata dah rasa nak tutup. ADoi... Rabu ni start FINAL EXAM hapa benda pun tak baca lagi. PEMALAS DONG.

Aku ni dah macam salah pilih kos. Patutnya aku pilih kos.. err.. tgk gambaq2 aku pun tau kan! hahahhaaa...

SALAM..... =))


Monday, December 26, 2011

Last week punya FOOD. (haruslah food berhuruf besar)


Salam sekalian sahabat2 gue. Teman2. Kekasih2...

Hoho... Hari ni mai nak upload gambaq baik punya!

Resipi nan ado. Malas. Ni sumer main campak2 la weh....

Bedegil eh bergedil tuh buat guna bahan apa adanya sahaja. Harap maklum. Sekian.

Rendang ayam tu resipi mak I. Pernah kan I ckp nk upload kat sini tapi sampai sekarang still xberupload lagi cara nak membuatnya. Sian kome. Lenkali la... Kena rasa dulu baru boleh bagi resipi kot. Ahaks!

Sambal telur tu? Alahai kacang tanah jek. Ko buat sambal, pecahkan telur kat dalam tu. Dah.

Kobis masak air tu lagi la kacang kunyah. Kunyah jek. Hakhak... Tumis bawang putih & bawang merah, bubuh kobis, goreng, campur air sikit, bubuh garam & kunyit & serbuk perasa. Finally bubuh jek telur. Kalau buat sikit, separuh pun boleh. Buat banyak, sebijik sudeh. Takyah letak bebanyak. Bazir & KOLESTEROL! Ahaks!

Hahh... Akak2 sekalian, dah masak2 tu nasik jangan lupa masak. Kang tak makan laki korang.

Hari ni duduk rumah masak tempe jek. Cik Nisa (my beloved housemate masakkan sambal terung holiaoo!) Plus petang tadi dia buat CUCUR MANIS. Haha. Dia nak tidur, tapi melihat jam dah lepas Asar so aku kacau dia supaya dia tak tidur. Baik punya idea tak? Macamla aku tak pernah tidur petang. Zzz.....

Oh lupa dan menipu. Bukan duduk rumah ajer hari ni. I pergi Econsave u. Save jugakla. Beli telur sepapan, sayur2an and haruslah ANLENE PERISA COKLAT sbb stok dah habis uolls...

Hem... exam next week. Buku belum pun sentuh. Mak asyikla pesan suruh anak dara dia arakian si pemalas ni baca buku. Ya mak.. Ya mak. Ya nan ado titik la Ayu..

Mendengarkan Rossa- Ku Menunggu... Tunggu apa? Tunggu.. erk.. tunggu... ENTAH!

Tata....

Salam...

Thursday, August 11, 2011

Roti Nugget...


Salam. 11 Ramadhan. Hari ni mari kita masak roti nugget. Tak payah la sgt beli kuih kat bazaar Ramadhan yg akhirnya mmbuat korg kaciwa. Tak semua la. Ada la seturn2 kedai yg ko akan rasa mcm nk bakar kedai dgn tuan2nya sekali.

Sebelum nk tgk resipi. Meh tgk qopenyer dulu. Inilah qopenyer roti nugget. Thanks to Afiza mom, Mak Cik Zaharah 4 this recipe. Kalau tak aku main letak telur celup bread crumb. Haha..


Selak resipi mudah ni.....

Bhn2:

- Roti (aku guna Gardenia-td aku bt 3 keping roti ja so divide 2 jd 6 la dpt)
- Bread crump (aku guna kaler oren)
- Tepung jawi
- Telur (dipukul)
- Bawang putih 2-3 ulas sahaje (cincang halus. tumbuk guna lesung jelah senang cita)
- Garam
- Serbuk perasa or guna jelah kiub pati ayam

Cara nak buat:

1. Campurkan bawang putih, garam, serbuk perasa dlm telur yg dh dipukul tu. Kacau sebati.
2. Masukkan tepung jawi. Pandai2 la agak. Jgn smpai pekat sgt.
3. Potongkan roti kpd 2 bhgian. Biaq jd 3 segi mcm kt dlm gmbq tu or if nk bt bentuk apa pun suketi la korang.. Celupkan dalam bancuhan tepung ngan telur td, pastu gaulkan dalam bread crumb tu okay.
4. Goreng dgn myk yg dipanaskan. Api jgn kuat sesangat. Kang hangit. Gorengnya kejap je tau.
5. Siap.. boleh la korang mkn smbil tengok TV!

**mostly aku main agak2 ja ni sebenaqnya. so korang pandai2 la ek. aku xbg detail nih tau. sorry!

SELAMAT MENCUBA!!

Saturday, August 6, 2011

Resipi Ramadhan...


Marilah menjamu mata melihat makanan... =)

Ni kemarin punya, Jumaat, bukak posa beramai2 kat rumah Tok Teh..

Ni sup yang mak buat tempoh hari. Sup daging sayur2an! Seee....dappp!



Ni sambal petai yg Ngah buatkan utk berbuka posa beramai2 kemarin. Sedap2. Ada udang cute2 lagi....


Sambal terung + daging + udang. What a nice syooookk maa! Ni sangat sedap. Aku asyik makan dagingnya. Terung pun boleh tahan tp aku xmau mkn terung sgt. Nnt angin jek...


Pulut udang. Aku tak dan pun nak qasa. Tah sapa yg sponsor yg ni pn chek xtau la..


Nasi daging ni yg mak masak tempoh hari kat rumah. (Main upload ja gambaq. Malaih nk drag dh. Huhu~) Btw, nasi daging ni mak guna perencah Adabi.. Boleh la sedapnya. Kalau mak aku masak, semua pun sedap apa.. Hehe~


Ada lagi ka makhluk yang xkenai kuih ni kuih apa? Sila pergi terjun kolam sekarang! (tp make sure anda pandai berenang. haha..) Ni namanya kuih LOMPANG.


LEPAT LIAT (yg berbalut dgn daun pisang tu) Chu yg bagi. Yg kuih SAMOSA ngan kuih kacang abah aku yg beli.


Haaa.. ni paling penting! Berbuka dengan BUAH KURMA ye adik2.... =)


Nampak gayanya aku makan sampai xleh nk tunduk dh. Perut terasa sengkak. Al-maklumla selalunya makan kat meja harini dok bersila bersimpuh kat bawah.. Memangggg laaa kan.. Huhu~


Gulai Ikan Kering ni mama Chu yg masak. Aku xmakan pun weh. Xdan... Ayam la daging la.. semua nak sumbat kat tekak ni kang jgnkan Tarawih.. Maghrib pun sodaqullahalazim jelah. Huhu....


Karipap dan Donut lagi! Ko cakap, sila cakap mana nak sumbat????? Xpelah. Rezki Allah.. jgn sampai membazir udohler.....


Ni tempohari punya Dalca daging yg mak aku msk utk dimakan bersama Nasi Daging.. Aku kutip daging ngan sayur karot fevret aku laa. Lalalaa~


Ayam Masak Merah Tomato ni sangat2 delicious! Thumbs-up to my mama! Mak ai ler... Dah ambik resipi. Nnt bleh upload kat sini.. Yuhuuuu!


Ayam Bakar Unik Rasanya.. (pandai2 jelah aku letakkan nama kan.. haha) Sedap2 jgk yg ni. Boleh ler nnt aku letak resipi sebab aku dh ambik kat mak.. Resipi asal dari Kak Syakila menantu Mak Lang Ida.. a.k.a. sepupu ipar aku.. haha. Boley?


Ni air asam boleh ja nak digunakan untuk pencicah ayam bakar mahupun utk dicicah dgn daging semasa memakan Nasi Daging! Multifunction gitu.. Huhu~


Last but not least... acar timun a.k.a jelatah (kwn2 aku kt Perak panggil jelatah). Makan dengan Nasi Daging..... Aku kutip timun jelah.. Hihi~


Sekian... Tu jelah. Besok2 aku update lagi. Tp malam la. Siang2 xleh, nnt tambah dosa aku ja.. Hahahaaa~

=)

Keep fasting till the end of month everyone! Jgn cuti tanpa MC ya!

Happy Ramadhan!


Saturday, July 30, 2011

Homemade Ice-Cream!


Hai. Helo. Assalamualaikum. Hyep. Whatsoever!

Pagi ni jom kita buat Ice-Cream. Ni my dear cousin, Arifa la ni yang dah nak balik asrama teringin nak buat this homemade ice-cream. Memag senang la. Boleh cuba. Tapi aku sendiri malas nak buat the simple thing macam ni. Cik Nab, my sista tu rajinla..

Take a look. (Jangan tengok ja. Buat la.. )

STRAWBERRY ICE-CREAM

Bahan2:

- 1/2 cawan Coffee Mate
- 1/4 cawan gula halus
- 150ml susu segar
- 1/2 cheese cake
- 4 biji strawberry
- 1 sudu paste strawberry

Cara2 nak buatnya:

1. Blend semua bahan
2. Masukkan dalam bekas
3. Simpan dalam peti sejuk selama 8 jam
4. Dah beku, boleh makan. DONE!

Senang kan? Senang kan? Hihi..

Or.. try buat yang ni. Pun okay jugak.

OREO ICE-CREAM

Bahan2:

- 1/2 cawan Coffee Mate
- 1/4 cawan gula halus
- 200 ml susu segar
- 1/2 cawan biskut Oreo yang dihancurkan (better dia punya jem tu buang ya)
- Coklat Cip (suka hati kawan2 ya. ni penambah kesedapan ja)

Cara2 nak membuatnya:

1. Campurkan Coffee Mate, gula halus dan susu segar then blend
2. Campur biskut Oreo yang dah dihancurkan tadi. Kalau nak blend pun boleh tapi nanti dia hancur sangat.
3. Campur coklat cip then dan gaul sebati, masuk dalam bekas, simpan dalam peti sejuk selama 8 jam.
4. Dah beku boleh makan. DONE!

Simple is it?

Just give it a try. Selamat Mencuba! =D

**Pada akak-akak yang anak ramai tu no worries, tak payah nak beli ice-cream kat kedai dah.

Thursday, July 14, 2011

Makaroni Bakar.





Salam...

Lamanya xupdate blog kan? Berhabuk.. Fuh! Fuh!

Oke.. takmau cerita panjang2.. Marilah kita memasak utk petang nnt.

Hehe.. actually Makaroni ni aku bt kemaqin. Hari ni dh tinggai sikit ja pun..

Saja nk share2.. sapa2 interested nk bt.. bt jelah.. Senang nk mam.. Haha...

Bahan A:

- Makaroni 4-5 cwn (Aku guna yg spiral tu. Korang rebus plus myk zaitun ckt then toskn)
- Susu segar Dutch Lady Full Cream 4 sudu besar
- Telur 2 biji (dipukul)
- Daging cincang sesuka hati korang laa.. (Aku guna nugget ramlee daging tu hancur2kan)
- Bebola ayam Ayamas 5 biji (cencang xyah halus sgt)
- Keju cheddar (Nak tabur atas je. Agak2 korang laa nk byk mana)
- Lobak merah separuh bkn sebatang tau. (potong dadu kecik2 je tau)
- Ubi kentang sebijik yg kecik ja tau (potong dadu kecik2 jgk)
- Tomato sebijik yg kecik jgk (potong dadu jgk)
- Bwg besar sebijik (potong dadu jgk)
- Garam
- Serbuk perasa Hilal
- Minyak zaitun
- Marjerin jenama DORINA (nk guna jenama apa pn suketi laa korang..... ) =.=

Bahan B (korang blend halus) :

- Cili kering 8 tangkai (Nak pedas, byk ckt)
- Bwg merah sebijik
- Bwg putih sebijik

Cara nk membuatnya:

1. Panaskan myk zaitun dlm kuali (aku guna pan yg xmelekat tu). Then masukkan marjerin.

2. Tumiskan bawang besar yg dicencang tu. Then masukkan bahan yg diblend tadi. Biar sampai masak. Tak payah tunggu pecah minya or kering.

3. Masukkan lobak merah, kentang, daging cincang. Masak sampai masak benda2 tu then barulah masukkan bebola Ayamas dan tomato. Time ni jgk, masukkan garam dan serbuk perasa Hilal tu.

4. Dah agak masak tu, masukkan makaroni yg dh siap korang tos. Tos biar kering tau. Jgn basah2 pulakkk...

5. Kita bako! Kita bako! Oke.. cara1nya adalah; korang masukkan makaroni yg dah digoreng td kat dalam loyang (dlm loyang tu calitpalit sikit dgn marjerin DORINA). Korang masukkan telur yg dh korang pukul tu dan jgk susu segar Dutch Lady Full Cream. Kacau, kacau dan kacauuuuu.....

6. Dah agak sebati, masukkan dlm oven yg dh korang panaskan selama 5 minit tu. Suhu 180 darjah C dan api atas bawah tau.. Bakarkan makaroni tu selama 20-30 minit. (pandai2 jelah. aku pn hentam ja ni. hahaha)

7. Dah agak nk masak tu, keluarkan kejap. Taburkan keju Cheddar kat atas.. (Feww! Sedap kot!)

8. Siap utk dilantak! Hehee... =D

Apa2 pun, resipi ni kalau korang tak suka nak membakar, makan je yg goreng tu.. Dah sedap bangat tuh! Hehe...

SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, June 8, 2011

1st entri BENGKANG ROTI =D

Salam..

Ibarat seperti mahu memberi nafas baru dlm hdup sendiri, aku bt ler blog baru ni. Blog kali ni sungguh aku nak buat macam jurnal hidup aku yg rasanya lebih memberi manfaat. Seblom ni korang2 yg penah baca blog aku mesti rasa nak muntah hijau sbb sumpah blog aku tu meraban jer. hehe...

1st entri aku dlm blog ni mestilah pasal BENGKANG ROTI yang korang bising2 tu kan.. hish korang nih... xpelah. btw.. ini resepi mak aku tau. so sesaper nk try bt tu btla dgn bersungguh2. ai ni xpndai msk pun tp hentam sajelahbuuu...

oke.. meh ler aku tulis resipinyer kt cni.. hope korang dpt buat dgn baik!


Bahan2:

- Roti putih (aku guna Gardenia) - 1 buku kecil (cerai2kan then rendam dgn air sejuk kejap bg kembang)
-Gula - 1 1/2 cwn (kurg gula kurg manis. byk gula byk manis!)
-Santan - 2-4 cwn (lg byk santan, lg lemak, lg sedap!)
-Susu cair -2 cwn
-Telur -2 biji (dipukul & campur sedikit esen vanila serta gula dan aku cmpur oren sikit)
-Air (ni korang agak2 ler yg bubuh kat roti tadi haa...)

Cara membuatnya:

1. Masukkan roti yg telah bercerai dan dh korang rendam tu kat dalam loyang.
2. Masukkan gula dan gaul rata. Biarkan sebentar.
3. Masukkan santan, susu cair, telur dan gaul rata.
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius (betul ke aku eja ni? lantak ler. korang sendiri paham la). Bakar lebih kurang 40 minit - 1 jam. (Nak check nt korang cocok2kan dgn lidi.. ala.. cm korang bt kek tu.)

**Boleh tambahkan kismis, kurma, or buah2an ikut suke hati korang lah yer...

SELAMAT MENCUBA!

psst... : baca BISMILLAH dulu seblom buat tu yer. Moga2 dpt berkat.. =)