Tuesday, December 25, 2012

Aku pelik dan pelik dan pelik dan mengantuk sudah.


Kali ini dia datang lagi.
Datang atas tujuan apa?

Hanya 2 patah perkataan dia tulis dalam mesej.
Aku tak tahu apa maknanya itu.

Kala aku baru sudah menadah tangan berdoa kepada yang esa usai maghrib atau isyak. Ahh aku sudah lupa.

Hampir terlepas henfon di tangan kala melihat nama dia yang tertera. Butan open belum ditekan. Oh silap. I dah pakai touchscreen. Belum touch. Jantung berdegup kencang. Apa dia mahu? Perlu aku buka atau terus delete?

Dalam hati. Bukan ini kah yang aku tunggu? Hello.. belumkah kau menyedari? Aku yang buat kau curang selama ni? LUPAKAH???!!

Aku mencium sesuatu dari nada mesej yang bersahaja itu tapi aku tak mahu buat assumption awal2. Aku buka dan baca mesej yg pendek ringkas & BOSAN itu!!!

Aku ketawa sinis. Tak tahu ketawa pada dia atau pada aku sendiri.

Dalam aku berdoa, memohon pada tuhan.. Semoga diri aku dijauhkan oleh insan2 yang tak ikhlas kepadaku.. kenapa muncul lagi?

Syuhh! I kennot say that!

Ok fine. Aku redha. Aku tahu apa yang terjadi ada hikmahnya.

Aku tak takut. Hello.. aku tak takut! Meski ini kali ke berapa entah aku dilukai. Aku tak takut. Sebab aku tahu.. Allah tu sentiasa ada untuk aku. Bukan lelaki2 yang tak pernah nak menghargai aku.

Dalam aku terfikir, sedar2 jari2ku telah men-touch di screen butang tutup. So aku dah tak nampak nama dia, mesej dia. Tapi aku lupa, ingatan aku terhadap dia tak mudah nak dipadamkan.

Pelik aku. Dia tinggalkan aku macam 'perempuan tak sedar diri'. Dia kembali untuk apa? Untuk 'sedarkan aku dari mimpi' yang aku tak boleh lari dari dia? Hei atas dasar perikemanusiaan apakah ini??!

Bila aku fikir2 balik. Aku tak sanggup untuk abaikan dia. Aku tak sanggup pulak. Mungkin dia sedang hadapi masalah. Kala dulu pun dia hadir ketika dia dilanda badai. Kali ini pun dia mungkin dilanda badai. Jauh di dasar hati aku tak kisah untuk menolong, untuk berada di sisi dia dan memberi nasihat. Tapi sumpah aku paling takut kerana aku dia curang lagi. Aku bukan perempuan macam tu!!! Pleaselaahhh!! I hate this I hate this!

Aku jenis jarang melihat henfon. Henfon yang guna line tu rajin jgk aku jengah sbb family members kan. So henfon touchscreen sgt tu kan... malas aku nak jengah. Topup pun dah berapa lama aku tak beli. Muahaha. Aku kisah apa. Aku kisah apa. Aku kisah apa!

Okay tetiba keluar dari bilik air, aku jengah. 1 missed call. Pheww sapa rindu aku ni? Touch2... naik nama dia. Puii! Nak muntah. What the hell he need from me? If you need anything ask from ALLAH! Tetiba baran pulak diri ini. PANG SEDAS! Tumbuk sedas. DEBUSH! Eh tak cukup. DEBUSH lagi! Puas hati sikit. Sengih macam kerang busuk. Senyum sinis. *Mcm dia nampak. Puii.

Fine kali ni aku tekad tak nak balas. Memang la tak dak kredit tapi boleh ja aku guna line tu tapiiiii untuk kali ini dan untuk dia buat kali ini.. tak kot. Tak mungkin. Aku tak nak mengalah dan tak nak lemah lagi.

Maruah. Itu yang aku pegang kali ni. Alasan itu buat aku abaikan dia. Ayuhh selamatkan diri!

Semoga kau baik-baik saja. Maaflah. Kali ni aku tinggikan ego aku, aku ada maruah, aku ada prinsip. Kau silap kali ni kalau kau rasa aku akan tunduk lagi dengan kehendak hati aku yang tah apa2 ni.

Aku pun manusia jgk. At last aku on FB, hantar private msg kat dia tell him that aku xdpt nk balas mesej and return call sebab takdak kredit. Alasan hapak! Lantak la. And aku bagitau dia aku tak dengar masa dia call. Yang ni mmg betul sbb dlm bilik air tgh buat projek 1Million. Huhu.. Btw, aku pastikan mesej tu cukup pendek bersahaja dan paling penting TAK BERPERASAAN. Huhu..

Sudahlah. 3.59am kejadahnya aku tak tdoq lagi.

No comments:

Post a Comment