Thursday, July 21, 2011

TIARANITA DAY at JOHOR

Salam... 1st of all, dont get me wrong. Hehe..

Ramai jgk yg salah phm bila tgk pic aku berpinky mcmni..

Actually ni msa aku join Tiaranita Day (kelab wanita TM) kat JB with TM (Telekom Malaysia) group.

I presenting the Musical Drama.. Org TM tak cukup nk kaver.. (yelah. ce kome pk.. xkanla makcik2 nak join tarian2 lagu ni. Aku kesian plak kt deme. So aku ngan Eyza make decision utk join n give them some help. Yelah. Org muda ni smgt dia lain ckt. ehem2!. Hehe..)

Even time ni aku ngan Eyza dh tamat praktikal, kami rela utk join dorg.. Lagipun aku kalau bab2 menggedik ni............... ANYTIME! haha.. tp bersebab la gediknya oke. Hehe..

Gmbq ni diambik kat luaq dewan (refer to gambaq kt atas)

Oke. Paling best! Live aku dpt tgk Konsert JayJay free2 wa ckp lu! Mmg suara dia........ SEDAP!


Gedik kan? Haha..


Apesal gmbq aku semua talawa? (Hakikat eh?) Huahua!


Masa ni my belly xflat lg... skrg dh flat kan? Kan? Kan? (Sila muntah) Haha...

Oke nk bgtau ni.... kitaorg xmenang pn pertandingan ni. Xpuas hati jgk sbb pengadil pilih kasih. Pemenang dipilih xikut kriteria. Malas nk ckp byk, kang ada plak yg saman aku. Btw, nk ckp jugak...... AKU BENCI SBB DORG PILIH PEMENANG SESUKER HATI MAK BAPAK DORG!! *puas hati kejap. Oke.. Terima hakikat jelah..~


Esok lusa kalau dh tua2 aku tgk2 balik gambaq ni mesti mengucap panjang kan? Huahua!


Tu jelah entri membosankn aku kali ni. Xdak mood lak nk hapdet. Dah berhabuk. Lama xberhapdet... Choii!

Saturday, July 16, 2011

Kenduri Kawen yg FUYOO BEST!

Salam.

1st of all, aku mmg MENYESAL!

Mesti pening, apapasai menyesal ma??

Ha... ni semua sbb aku xikut firasat aku yg mengatakan suruh aku bwk Aliff Mikhail (DSLR) aku p kenduri tadi.. ISKKK..! Sungguh sesal!

Kenpa perlu menyesal??

Hem.. btw, berbalik pada tajuk aku tadi.. kenduri tu superb best!

Kenduri tu Datin Zaleha (abah aku punya adopted sister). Gila best! *Berapa kali aku nak ckp best ni? Haa.. maksudnya mmg bestla kan...

Nak cerita ni rasa mcm menyampah kt diri sendiri sbbnya takdak gambaq. Gila waste takat ada DSLR tp malaih nak angkut. Ko ader? Takder.. Kang kalo ada pn jadik cm aku malaih nk ngankut.. Percayaalaa..

Oke. Berbalik pada cerita kenduri yg gila best tu di antara Muhammad Najmi (mcm nama abg aku la pulak) with Dhiya Izwin. (Sori aku mention nama penuh. Jgn saman sayeee!)

Mak Datin & Pak Dato' yang kaya ni orgnya rendah-diri jek tau. Mmg best & best sapa jd keluarga depa. Hehehe.. =D (oke. anak laki dia dh kawen so diam la ayu!)

Aku cerita dr awal laa...

1st masa dpt kad tu aku mcm... "err.. Mak Datin pnya kad kenduri mcm ni ja ka?" simple n very simple but color tau. mcm2 kaler plak tu kt plan dia. sekeping je kot..

Masa otw pegi kt resort a.k.a rumah rehat dorg (kot) tu.. aku rasa mcm "errr.. jauh n ulu ja gayanya" *gila belagak bandar bagaii. hahaha* but that time aku dh rasa smthing diffrent abt dis kenduri.

Susah jgk nk cari. Kendurinya dkt Wang Tepus..

Finally............ smpaila jgk kt tempat tu. *sumpah rugi xbwk kamera!!!

Parking jauh ckt dr pintu gerbangnya then jalan masuk ikut pintu gerbang yg ada tulis apentah tp ada word ZATI kat situ.. (Hem.. yg tu ja aku igt sbb time tu perut menggelupur lapaq)

Masuk jaaaa.... FUYOOO!!!

Kat blah kanan ada mcm pondok (besaq la jgk. bt beda2 tetamu nk solat kot n rehat kot)

Lepas ja pondok tu, terus ada kolam. Aku time tu mmg xfedulik apa yg ada sgt sbb perut tgah gelupur katakan. Hahaha...

On my right time tu aku tgk ada mcm org tgah prepare2 makanan pnya tmpt. Masak memasak merewang la kot kat situ. *Orang2 kampung pnya style. Best kot!

Direct from us ada sebijik umah kayu. And that time aku perasan ada rumah kuarters kaler biru b4 tmpt yg org memasak tu. Tapi otak masih pd perut yg gelupur so lantakla kuaters sapa yg letak kat dlm kawasan tanah Mak Datin ngan Pak Dato' ni..

Jalan lagi.. Agak jauh yer perjalanan menuju nasik minyak abadi. Hahahaa~ =P

Sampai ja kat 1st khemah ni aku mcm xphm. "apa banyak sgt station dia ni?"

Nampak Mak Datin yg berbaju hijau but Pak Dato' which is just stand xsampai bopa langkah kt depan aku , aku mcm 'err.. xperasan sgt la' Haha... Ni kali pertama jmpk Pak Dato'. Mak Datin selalu daaaahh..

Then pas salam2, Mak Datin suruh p makan kat khemah yg nun di sebelah sana coz kat tmpt dia diri tu adelah station utk mkn buah2an n pulut dereyan.. (durian actually!)

Ada mcm satu tmpt besar berbumbung but xdak dinding. So tmpt tu dorg jdkan as tmpt utk rombongan pengatin pmpuan makan. Dah sedia hidang siap2 dh. Siap ada buah2an bagai... Buah2 tempatan lak tu. Cayaaalaahhh!!

Then aku agk pening ya bila tgk khemah cuma ada 1 utk station nasik minyak tu. "err.. macamana nak makan ni? ada tmpt duduk ka?" << eh.. kepoh gila kan aku? mmg laa.. kang takdak tmpt duduk cmno den nk isi perut yg gelupur dh ni..

Oooo0oooOooo.. rupanya tmpt utk laki makan kt bawah 1 rumah kayu yg dinamakan as 'Pondok Mak Teh'... rumah kayu tu tinggi, bawahnya xdak apa2. ala.. mcm rumah orang dulu2 tu... Yg selalunya depa letak pelenggaq bawah rumah. Xtau p google 'pelenggaq' tu apa. Tu pn kalu ada.. Hahhahaa... Tp utk kenduri mano lak ekau nk letak pelenggaq so depa letak kerusi n meja n lauk buffet.

So Nabil ikut abah p mkn bawah 'Pondok Mak Teh' tu.. Aku tgk kt bawah khemah.. penuuuh jek. So aku kalau penuh, xkan ambik nasik. Kang xlarat nk berdiri pgang pinggan lak. So mak dah p ambk nasik. Aku nmpk ada org bangun, terus p ambik tmpt tu n suruh Cik Nab p ambk nasik dlu. Once they r done, my turn plak. Makkk aii.. Makcik2 dpn aku ceduk laukkk.. Lamaaaanyaaa... *Sabo jela~*

Lauk kenduri? Haa.. hat ni best den nk cito. Lauknya biasa2 ja pun. Nasik minyak, lauk ayam goreng, daging sup, daging kicap n rendang daging kambing with the air asam n ulam2an. Phewww!! Best dah tu! Bg aku laa.. Xpyh nk susoh2. ko bt simple2 jek. Tetamu pn xpening nk pilih. Ni tak.. kekadang tu (ni bkn nk tuju pd sesapa. its juz from aku pnya pandangan jelah).. Lauk tu.. kejap ada ayam, pastu ikan, gulai ikan kering, sambal ayam. Alangkann semua nk tauk dlm mulut. Ko ada rasa nk muntah dak? Erkk... (Tak dituju pd sapa2 pn) Cumanya aku bt kesimpulan kat sini.. Mak Datin ni malas dh nk pkiaq org tu xmkn kambing, org ni kena makan ikan ni, org ni mcm tu mcm ni.. Mb bg dia.. Ko xleh makan, ko xyah makan! Hahaha... Senang. Makan nasik ngan kuah. Nama pn kenduri, nak penuhkan selera org alamat ko bt 5 puluh hari 5 puluh malam laaa... Hahahaaa...

Kat meja aku tu ada sorg Mak Cik (2 org sbnrnya) tp yg Mak Cik sorg ni byk cerita bout Pak Dato' pnya family. Dia ckp Pondok Mak Teh ni atas nama arwah Mak kpd Pak Dato' ni.. And kt depan ada Pondok apa tah aku dh lupa.. atas nama panggilan to Bapak kpd Pak Dato' ni..

Aku dh teringin doe nk makan bubur yg kaler putih2 tu. Look like bubuq cha2. Tp xtau laa... Memandangkan org makin ramai n tmpt terhad so aku decide not to makan the bubuq. Kesian pulak kt org len kan. Huhu~

Bangun dan tinjau2 sana sini situ sunun.. Bestnyaa luas betui tempat tu... Untung sbb tmptnya mcm laguna.. Ada sungai. Abah ckp, haritu masa banjir, kereta kesayangan Mak Datin yg dia tinggalkan kt dusun tu dihanyut air. So now dia dh letak pagaq... *pengajaran penting tu..

Then masa tgh sibuk2 nk gerak kt station lain plak. *Mana boleh balik lg maa.. ada 2 station lg xsinggah maa.. Hehe... Maka dgn itu aku tgk mcm ada pengantin sampai. Err.. Pengatin kah? Mana kompangnya?? Gila BEST! SIMPLE WEDDING namanya ni!

Aku jenguk2 tgk pengatin dh sampai. (Actually aku mmg teringin nk tgk anak Mak Datin. Hehehe.. gatai no. Laki org maa..)

Simple ja Najmi tu pakai baju melayu kaler emas with sampin n songkok biasa (no tengkolok or keris or sampin berbunga2) SIMPLE kan? Mcm xpercaya tu pengantinnya.. Yg wife dia pulak simple ja. takdak pun crown bagai.. just with pashmina ja bubuh kat kepala ala2 nk fly ckt. Haha. Comei kot bini dia! Yg laki tu ada la qope mcm mmber2 aku. Ala.. still mcm bdk2 remaja lani yg dok xreti nk pkiaq masa dpan lagik. Aku mcm xcaya dia yg qope masih mentah muda remaja tu kawen. Haha.. Hidup memasing kan.. Pepandai ko lah..

B4 ktaorg lepas khemah n tmpt pengantin mkn tu, ada 2,3 org bdk (remaja) terkejar2 nk bg buah tgn. GILA BEST buah tangan yg dia bg tu Mak Datin buat sendiriiii kottt.. Biskut raya dia letak lam bekas (agk besar. Mb ada la dlm 10 bijik lebih.. Dah la sedap, comel plak tu biskutnya! So kita namakan dia.. BISKUT KAWEN! hehe..

Then dah sampai kat station buah2an tu jmpk with Chinese yg ktaorg jmpk masa mula2 sampai. Chinese tu pmpuan with anak pmpuan dia kecik lagik.. Dia pn puji masa ktaorg mula sampai. Dia suka dgn tmpt tu n suka dgn kenduri tu. Chinese ni kaya kot... Naik Mers yg latest2 ni...

Dia pn pulun mkn cempedak goreng. Aku mkn 2 ulas kot. Rambutan 1. Dokong 2. Durian tak comei la pulak. (aku kan tekak memilih durian hat comei2 ja. serebeh xdapek nk masuk tokak den ni ha). And ais kacang tu sempatla aku rasa 1 sudu. Manis nak mammmm... Sungguh xleh telan dek tokak den. Lenkali kena sedia air mineral la.. (eheh. p kenduri org pandai pulak hang kompelin no..)

Tak habis dgn tu. Mak aku ni pulun makan. Dia excited suka gila ngan tmpt n food kat situ.

Aku pn perut dh kenyang, so melangut la tgk sana2 sini (Ehem. hat hensem2 meh ckt nk tgk!) Hahaha.. Bkn tgk org la.. Tgk pokok n persekitarannya. GILA BEST! Pokok dokong dia tu.... FUYOOO!! Lebat dgn buah. Rugi tak ambik gambaq. CEhh.. bodo lupa XPERIA abah kan ada! Haishoo!!

Mmg best n terbaik la kan dia pnya wedding. SImple & Sederhana!

Mmg mengikut syariat ISLAM. Xpyh nk bereben2 bagaiii...

Duit byk tp kenduri sederhana. Org makan pn puas hati. P kenduri pn hati rasa syook ma..

Arr... aku dh mengidam2 nk bt kenduri kat DUSUN TOK SEDAU. Gataiii!!

Btw, masa nk balik tu aku perasan la kat kolam yg aku ckp masa mula2 masuk tu sbnqnya ada itik. Comei gilaa itik2 tu. Mcm nk tangkap rabat ataih belakang jln2 dlm sungai ja qasa. Muahahah~

And masa tu la aku tgk balik rumah pondok tadi. Totally ada 4 buah pondok kat situ. 2 ats nama panggilan utk parents Pak Dato' and 2 utk nama panggilan utk parents Mak Datin.

Kesimpulannya.. kenduri yg sgt best itu (meaning, bersederhana n simple) haruslah ditiru oleh aku. And.. Cik Nab siap janji if aku kawen n that time dia dh qeja n belayaq n ada duit gaji sendiri, she will sponsor me! Kitaaa tengooookk nanti!! Hehe.. =D

Aku berangan alangkan aku dh ada calon nak kawen kan? Hahaha.. =P

So parents aku dh ada plan dh utk naik taraf dusun TOK SEDAU. Tapi aku rasa teruklaa situ sbb byk sgt pencurinya. Hg coba bayangkan. Syiling pn depa angkut habeh. Bkn syiling ja.. hat kalau namanya boleh bt duit tuuu.. semua depa sapu! Aku ada rasa mcm nak sapuuu ja depa tu if aku boleh tangkap si pencurik bodo tu. Hampeh tol~! Hidup menyusahkan org ja..

Hope my parents dream will come true. *my dream also* MUAHAHA!







Thursday, July 14, 2011

Makaroni Bakar.





Salam...

Lamanya xupdate blog kan? Berhabuk.. Fuh! Fuh!

Oke.. takmau cerita panjang2.. Marilah kita memasak utk petang nnt.

Hehe.. actually Makaroni ni aku bt kemaqin. Hari ni dh tinggai sikit ja pun..

Saja nk share2.. sapa2 interested nk bt.. bt jelah.. Senang nk mam.. Haha...

Bahan A:

- Makaroni 4-5 cwn (Aku guna yg spiral tu. Korang rebus plus myk zaitun ckt then toskn)
- Susu segar Dutch Lady Full Cream 4 sudu besar
- Telur 2 biji (dipukul)
- Daging cincang sesuka hati korang laa.. (Aku guna nugget ramlee daging tu hancur2kan)
- Bebola ayam Ayamas 5 biji (cencang xyah halus sgt)
- Keju cheddar (Nak tabur atas je. Agak2 korang laa nk byk mana)
- Lobak merah separuh bkn sebatang tau. (potong dadu kecik2 je tau)
- Ubi kentang sebijik yg kecik ja tau (potong dadu kecik2 jgk)
- Tomato sebijik yg kecik jgk (potong dadu jgk)
- Bwg besar sebijik (potong dadu jgk)
- Garam
- Serbuk perasa Hilal
- Minyak zaitun
- Marjerin jenama DORINA (nk guna jenama apa pn suketi laa korang..... ) =.=

Bahan B (korang blend halus) :

- Cili kering 8 tangkai (Nak pedas, byk ckt)
- Bwg merah sebijik
- Bwg putih sebijik

Cara nk membuatnya:

1. Panaskan myk zaitun dlm kuali (aku guna pan yg xmelekat tu). Then masukkan marjerin.

2. Tumiskan bawang besar yg dicencang tu. Then masukkan bahan yg diblend tadi. Biar sampai masak. Tak payah tunggu pecah minya or kering.

3. Masukkan lobak merah, kentang, daging cincang. Masak sampai masak benda2 tu then barulah masukkan bebola Ayamas dan tomato. Time ni jgk, masukkan garam dan serbuk perasa Hilal tu.

4. Dah agak masak tu, masukkan makaroni yg dh siap korang tos. Tos biar kering tau. Jgn basah2 pulakkk...

5. Kita bako! Kita bako! Oke.. cara1nya adalah; korang masukkan makaroni yg dah digoreng td kat dalam loyang (dlm loyang tu calitpalit sikit dgn marjerin DORINA). Korang masukkan telur yg dh korang pukul tu dan jgk susu segar Dutch Lady Full Cream. Kacau, kacau dan kacauuuuu.....

6. Dah agak sebati, masukkan dlm oven yg dh korang panaskan selama 5 minit tu. Suhu 180 darjah C dan api atas bawah tau.. Bakarkan makaroni tu selama 20-30 minit. (pandai2 jelah. aku pn hentam ja ni. hahaha)

7. Dah agak nk masak tu, keluarkan kejap. Taburkan keju Cheddar kat atas.. (Feww! Sedap kot!)

8. Siap utk dilantak! Hehee... =D

Apa2 pun, resipi ni kalau korang tak suka nak membakar, makan je yg goreng tu.. Dah sedap bangat tuh! Hehe...

SELAMAT MENCUBA!!