Sunday, July 31, 2011

1st day of Tarawih


Date: 31 July 2011 (Sun)
Place: Surau Al-Husna, Tmn. Padi Mas (surau kat rumah Chu)
Time: 8.30 - 10.05 malam
Rakaat: 8 saje =)

Amacam? Korang tarawih kat mana? Eh.. aku bukan nak riak laa.. Saja nak share.

Masa tarawih tadi. Ni samada aku nak gelak or istighfar pun konfius da..

Ada sorang budak ni.. Astaghfirullah... boleh dia berjalan-jalan I mean ronda-ronda tengah jemaah wanita ni duk khusyuk solat. Selamba dan happening lagi (nampak sgt aku dh xdpt nk khusyuk time ni). Mana taknya... sambil dia lalu depan sejadah tmpt sujud aku sambil dia perhati muka (dahla quite lama). Surah Al-Fatihah aku pun dah fly kemana pun kejap2 nak ulang. Haih. Sabar jelah..

Ingatkan satu round ja dia buat gitu. Jemaah wanita masa tu 2 saf ja. Surau kecik dan kawasan rumah banyak non-muslim pulak...

Dah masuk rakaat kedua aku ingat budak ni dah hilang... sekali kau... dia melintas gumbira depan aku. Mak ai.... memang lost terus Al-Fatihah aku. Sabar jelah wahai hati.. Budak-budak... Tu jalah yang mampu aku kata dalam hati..

Masa stop antara solat tu.. dia hilang. Maka aku pun tak dapat la nak tau ni anak sapa. Maybe Mak dia xdak sini kot.. Dia mai ngan apak dia ka kan.. Huhu.. (assumption)

Dah tengah solat.... dia mai lagi... aku xsure la org lain apa macam tapi aku dalam hati beristighfar jalah. Terbang melayang semua. Haha... Dekat2 nak rukuk, aku ternampak (ternampak okay) dengan ekor mata yang budak ni duduk hujung saf belah kanan aku. Dlm hati 'janganla dia mai dekat aku time2 nak rukuk ni. kang mana la pulak aku nak rukuk. sekali hentak kepala dia kan ka kes naya tu..' (mmg tak khusyuk dah..)

Fuhhh... mujur dia lalu cepat ckt. Yang aku pun duk risau jgk nak2 dia buat macam 'bus pick-up' kat sejadah mak aku kang sbb mak aku duk hujung sekali belah kiri, sebelah aku ja then sebelah kiri mak aku dah takdak org. Mujur dah lepas budak ni.. Haih.. bikin cuak orang ja.

Time paling tak tahan bilamana tibanya waktu sujud. Kepala aku ni rasa macam sikit2 nak terangkat. Tau sebabnya? Risau sungguh kang budak ni lalu sekali dia main pijak2 kepala aku sebab terdengar bunyi tapak kaki dia tengah berlari riang-ria xjauh dari aku. Memang risau. Rasanya time tu dia kat saf lelaki yang dipisahkan oleh tirai.

Dah habis tu and dia ada kat situ. Tok dia terus sambaq letak kat hujung and Toknya pn ubah tempat ke hujung sbb nak control cucu sambil solat. Cemana tu?

Macam2 hal...

Balik dari situ, kat rumah Pak Su kecoh cerita pasal budak ni. Aku, Mak, Chu, Chah laa yang kena kan.. Hahaha.... Rupanya DikBang, DikDik and Nabil pun kena jgk dgn budak ni.. Kan depa duk saf belakang sekali. Haih.. kesian, kena kacau!

Apa2 jalah.

Yang aku tau, bukan aku sorang ja xkhusyuk, ramaiii lagi.. Budak.. budak...

Tetap... apapun Alhamdulillah... 8 rakaat plus 3 rakaat witir enough la for the 1st night kan?

Dan.. ada Abah ngan Pak Su cerita pasal Imam tadi. Macam interesting tapi aku xpaham pucuk pangkal cerita so baik aku takyah cerita.

Tido2. Esok sahur.

=)

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan! =)


Ehem.

Ingat malam nanti baru nak update fasal Ramadhan but now dah rasa macam excited nak masuk Ramadhan.

Seriously Ramadhan kali ni macam Ramadhan pertama. Every Ramadhan since before macam kelam. Maybe sebab rasa kat hati ni diinjak-injak oleh rasa keinsafan. Meski sedikit namun tetap ada.

Lagipun malam ni insya-Allah tarawikh so I can't spend more time in front of the laptop. Yang pasti banyak agenda untuk masuk ke bulan penuh rahmat tu.

Mari kita renung sejenak, bagaimana nasib saudara-mara kita yang sedang bertarung nyawa? Ramadhan ini erti apa untuk mereka? Aku pasti, Ramadhan mereka pasti lebih bermakna.

Kita kat bumi Malaysia ni cuma perlu bertindak melawan nafsu, nafsu, nafsu tetapi nasib mereka perlu melawan musuh.

Apalah kesalahan anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Hati manusia, ada hitam ada putihnya. Di sebalik tentera zalim itu, aku tak pasti hati mereka seperti apa. Aku doakan terbayang di wajah mereka.. wanita-wanita yang mereka kasari itu akan terlihat seperti isteri-isteri mereka. Si tua yang mereka perlakukan akan terlihat seperti ibu bapa mereka. Anak-anak yang mereka bunuh itu.. seperti anak-anak mereka... Ya Allah.. tunjukkanlah jalan keinsafan kepada mereka. Sekurang-kurangnya doa ini aku titipkan agar lebih ramai manusia berhati batu berubah menjadi manusia berhati bersih.

Cukuplah takat tu. ---- sambil dengarkan Hold My Hand from Maher Zain.

Mungkin kita gembira, kerana after Ramadhan Syawal menjelang. Tapi kita lupa bahawa Ramadhan yang akan kita lalui bulan yang penuh dugaan yang menduga manusia jenis apakah kita ni. Jangan kita lupa wahai saudara-saudara.

I'm just sharing what I feel.. Manusia perlu saling mengingati kan? Sesama Islam lagi pula.

I'm just trying to change. I have no reason why I need to change in this such hurry way. Of course it is not about marriage. It is still far away from my mind. It's just something that we need to know, we need to do, we need to prove.

Allah melihat usaha, bukan natijahnya semata.

Until now.. macam ada saja dugaan tapi Alhamdulillah perlahan-lahan langkah diatur tu kian menenangkan jiwa yang sudah kian lama parah ni..

'You'll never reach perfection because there's always room for improvement. Yet all the way to perfection you'll learn to get better'-Hlovate

SALAM RAMADHAN! Good manners in Ramadhan everybody =)

Homemade Ice-Cream!


Hai. Helo. Assalamualaikum. Hyep. Whatsoever!

Pagi ni jom kita buat Ice-Cream. Ni my dear cousin, Arifa la ni yang dah nak balik asrama teringin nak buat this homemade ice-cream. Memag senang la. Boleh cuba. Tapi aku sendiri malas nak buat the simple thing macam ni. Cik Nab, my sista tu rajinla..

Take a look. (Jangan tengok ja. Buat la.. )

STRAWBERRY ICE-CREAM

Bahan2:

- 1/2 cawan Coffee Mate
- 1/4 cawan gula halus
- 150ml susu segar
- 1/2 cheese cake
- 4 biji strawberry
- 1 sudu paste strawberry

Cara2 nak buatnya:

1. Blend semua bahan
2. Masukkan dalam bekas
3. Simpan dalam peti sejuk selama 8 jam
4. Dah beku, boleh makan. DONE!

Senang kan? Senang kan? Hihi..

Or.. try buat yang ni. Pun okay jugak.

OREO ICE-CREAM

Bahan2:

- 1/2 cawan Coffee Mate
- 1/4 cawan gula halus
- 200 ml susu segar
- 1/2 cawan biskut Oreo yang dihancurkan (better dia punya jem tu buang ya)
- Coklat Cip (suka hati kawan2 ya. ni penambah kesedapan ja)

Cara2 nak membuatnya:

1. Campurkan Coffee Mate, gula halus dan susu segar then blend
2. Campur biskut Oreo yang dah dihancurkan tadi. Kalau nak blend pun boleh tapi nanti dia hancur sangat.
3. Campur coklat cip then dan gaul sebati, masuk dalam bekas, simpan dalam peti sejuk selama 8 jam.
4. Dah beku boleh makan. DONE!

Simple is it?

Just give it a try. Selamat Mencuba! =D

**Pada akak-akak yang anak ramai tu no worries, tak payah nak beli ice-cream kat kedai dah.